Chap 6
Sorakan penonton begitu meriah sekali. Neya tersenyum lebar. Spike dia masih kencang, malah lebih kencang dari dulu! spikenya itu turut memberi mata terakhir kepada mereka sekaligus muncul juara dengan kemenangan 4-1. Neya sempat mencari Haikal di barisan penonton, dia terpandangkan lelaki itu yang sedang melambai-lambai. Neya tersenyum memandang Haikal. Kesian Haikal. Pasukan Haikal tewas dalam semifinal semalam.
Neya memeluk rakan-rakan sepasukannya, kemudian mereka bersalam dengan pengadil dan pemain lawan.
“aku minta maaf Neya,” ucap Dina ketika mereka bersalam.
“remember what i said?” balas Neya pula lalu meninggalkan Dina.
Neya duduk di bangku yang disediakan di tepi gelanggang. Air 100plus yang dibawanya diteguk rakus. Suasana agak bising ketika itu kerana perlawanan peringkat akhir bagi pasukan lelaki masih lagi berlangsung untuk set yang terakhir.
Sempat lagi Neya merenung Faruq yang sedang bertungkus-lumus menyelamatkan mata mereka yang semakin jauh ditinggalkan. Dalam hati, dia berdoa agar pasukan Faruq kalah. Biar lelaki itu mendapat pengajaran. Dia ingat ini catur ke. fikir nak selamatkan diri sendiri sahaja. Huh!
WISEL penamat dibunyikan. Faruq terduduk meraung di lantai gelanggang. Dia tewas lagi. Kali ini dia memang betul-betul tewas. Walaupun Amat tiada, dia tetap kalah.
Dari jauh dia nampak Neya memandangnya lama kemudian gadis itu bangun dari kerusi lalu menjinjit beg sukannya dan berlalu dari situ. baru sekarang dia faham apa yang dikatakan Neya.
“Neya maafkan aku,” katanya perlahan. Hampir tidak didengari oleh sesiapapun yang berada di situ.
Neya nampak Faruq memandangnya. Namun hatinya masih sakit. Dia bangun, lalu meninggalkan gelanggan tertutup ini. di luar, dia mencari kelibat Haikal. Tadi dia rasa Haikal seperti memberi isyarat supaya menunggunya di luar dewan.
Lumianya dikeluarkan. Tapi belum pun sempat dia mencari nombor lelaki itu, dia disergah dari belakang.
“HAIKAL!!! Kalau aku tercampak handphone aku ni tadi, kau ganti balik!” marah Neya. dia mengurut dada.
“sorrylah. Aku excited sangat. Since aku dah kalah, bila aku tengok kawan aku menang, mestilah aku tumpang seronok,” balas Haikal sambil ketawa.
“NEYA!”









