Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Wednesday, January 25, 2012

good night sayang! 2

2 bunga-bunga cOmeL
KEESOKAN harinya, pagi-pagi lagi aku ke rumah Julia, membantu apa yang patut. Majlis akad nikah akan berlangsung selepas asar. Selepas solat jumaat, Julia mula diandamkan.

Aku menjadi teman setia di sisi Julia. Mengelap peluhnya, mengipas dia apabibila dia meronta-ronta kepanasan. Hai, baiknya aku! Tak apa, sekali sahaja seumur hidup!

Selepas solat asar, kami mula bergerak ke masjid berhampiran untuk upacara akad nikah. Julia mengenakan kebaya moden bewarna krim dan dipenuhi dengan sulaman labuci dan manik yang cantik. Aku pula hanya memakai kurung moden dengan warna sedondon. Sibuk betul Julia menyuruh aku memakai baju sedondon dengannya. Kalau ditaja tu, baguslah juga. Ini tidak, sendirian berhad. Mujur aku ada satu!

“hai Nurin!” tegur Luthfi ketika aku sedang menunggu Julia di luar masjid. Lama pula dia orang ni tanda tangan surat nikah!

“hai..” balasku acuh tak acuh. Tadi tak nampak pula dia di rumah Julia. Tiba-tiba muncul kat sini. Dah tu siap dengan baju melayu lengkap macam dia pula yang bernikah.

“nice. Nampak natural!”

Aku memandangnya yang sedang merenung wajahku. Perlu ke dia mengulas macam tu? dahi, aku kerutkan seribu. Tanda tidak faham dengan ‘nice’ yang dia maksudkan.

make up awak. Cantik,” balasnya seolah-olah mengerti dengan isyarat yang aku maksudkan.

“oh, thank you..” ucapku pula. dah orang puji. Terima kasih jelah. Ikhlas ke tak ikhlas ke belakang cerita.

Dia masih lagi memandangku. naik rimas aku dibuatnya. Mujur tidak lama selepas itu, Julia dan bakal suaminya keluar dari pejabat di masjid itu. aku segera mendapatkan Julia dan kemudian menemaninya ke dalam masjid seperti yang diarahkan untuk majlis akad nikah.

“kenapa Luthfi ada dengan pengantin lelaki?” aku berbisik di telinga Julia ketika kami sedang menunggu khutbah dibacakan kepada pengantin lelaki. 

“kau cari dia juga sebenarnya ya?” balas Julia lalu ketawa perlahan.

Tuesday, January 24, 2012

good night sayang! 1

0 bunga-bunga cOmeL
Aku menahan sebak di dalam hati. Teksi yang meluncur perlahan membelah kelam malam membuatkan jiwaku semakin dibuai-buai rasa sedih. Kenapa begini akhirnya semua ini? Kenapa?

            “Cik, dah sampai.”

             Suara milik pak cik teksi itu memecahkan lamunanku. Aku segera melihat meter di hadapan lalu membayar harga seperti yang tertera.

“terima kasih pak cik,” ujarku sebelum menutup pintu teksi.

Tanpa menunggu lama, aku bergegas ke tempat menunggu. Malam ini tidak ramai pengunjung yang ada. Aku mengambil tempat duduk di barisan hadapan sekali. Kerusi yang tidak empuk langsung itu, aku sandar lemah.

‘sayang, I dah dekat hentian duta. Masih sempat lagi kalau u nak datang . I’ll wait for you... pls come sayang.’

Pesanan ringkas itu aku hantarkan kepadanya sambil mengharapkan satu keajaiban yang dia akan datang bertemuku dan memujukku kembali kepadanya.

Seminit berlalu, masih tiada balasan daripadanya. Begitu juga minit yang seterusnya, telefon bimbit yang aku gengam erat itu masih tidak bergetar dan berbunyi seperti yang aku harap-harapkan.

“Kenapa datang sini?”

“saya minta maaf. Tolonglah jangan balik...”

“awak tu yang pergi balik. Tak payah datang sini!”

“janganlah macam ni sayang...”

Perempuan di sebelahku bangun. Begitu juga lelaki yang sedang memujuknya. Terasa mahu menitis air mataku. Telefon bimbitku menjadi panahan mata sekali lagi.

Masih kosong!

Satu keluhan terlepas juga. Dalam diam, mataku meliar mencari kelibat si dia. Mana tahu dia akan muncul.

30 minit berlalu, dan harapanku hanya tinggal harapan tatkala bas yang kunanti telah pun tiba.

Ingat macam dalam drama ke? Hero datang pujuk si heroin. Dalam mimpi jelah! Perempuan tadi je yang bertuah. Kalau dia halau juga lelaki tu tadi, memang tak sedar diuntung betul!


Setahun kemudian...

~the 3 of us~

0 bunga-bunga cOmeL
mari kita enjoy!

rasanya cuti takkan meriah kalau aku tak hang out dgn dorg nih!
my very best-childhood-friend!

xtaulah bape kali dah mention mende ni!haha

so kali ni, kitorg sume meronggeng ke jusco kg perda, penang.
tmpt meronggeng paling jauh yg penah kitorg pg. hee


lepas dah penat-penat jalan, perut pun mulalah berbunyi!hehe
 jom.
PIZZA HUT!


Monday, January 23, 2012

cerita baru!

4 bunga-bunga cOmeL
as salam..

good to be back again.haha.almost 2 weeks since my last entry.. huhu..

well, nothing interesting happened. hari2 g belaja moto..meet many new friends. kdg2 sembang bagai nak rak, tp nama sampai ke sudah  pun xtau.

bile bosan, bukak lptop bace cerita yang ada dlm document yang masih bayk tergantung. kalau ade idea, sambung. kalau xde, main games. tgk movie.

tapi...

 untuk semua peminat certa-cerita yang aku tulis (hopefully ade la)hee..i have something for you! mulai esok, aku akan publish satu cerita baru untuk korang..

lama gak nak siapkan cerita ni..bila dah siap, nak cri tajuk pulak satu hal.letih fikir..bila buat tajuk bahasa melayu, aku rasa mcam jiwang semacam je. xkena plak dgn jiwa aku ni..hahaha

err..slmt malam sayang lg jiwang kot dari good nite sayang! haha

ade 8 part semuanya..
smoga korg enjoy dgn cite baru ni!

c(;


Wednesday, January 11, 2012

my sis's wed.

1 bunga-bunga cOmeL
as salam..
so hari ni aku nk update pasal wedding of my only sister.

anak sedara aku yg tgh2 tu. dulu masa amek gmbr raya pakai cam hp, xreti duduk diam.susah gila nk amek gmbr. ni bila pakai cam besaq, tau plak dia pose. kemain lagi!haha

aku, kakak sulung,. adik, kak ipar masa ky masjid untuk akad nikah.

my sis ang hios hubby after akad.

kakak ke3 with her daughter
CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...