Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Sunday, January 4, 2009

.: musibah itu ujian :.

5 bunga-bunga cOmeL
sekali lagi aku ingin mengepost sesuatu di dlm blogku ini...hari ni entah angin mana bertiup aku merajinkan diri membaca berita harian online. (dah lame gile aku x bace berita). selak punya selak, terjumpalah aku pada satu column yg menarik yg aku ingin kongsi bersama dgn pembaca2 blogku sekalian...

""
APABILA seseorang menghadapi musibah, dia wajib menerima dengan berlapang dada dan bersabar. Contohnya menghadapi kematian orang yang dikasihi, kemalangan dan sakit.

Musibah ialah ujian yang meningkatkan iman iaitu jalan untuk menambahkan kebaikan pada diri seseorang mukmin seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan terhadapnya, Dia akan mengujinya dengan ditimpa musibah. (Riwayat Bukhari).

Sabda Baginda SAW dalam hadis lain pula, bermaksud:

"Seseorang Muslim yang ditimpa sesuatu kesakitan, kepenatan, dukacita, kegelisahan, kesedihan atau duri yang mengenainya, akan diampunkan dosa oleh Allah SWT" (Riwayat Bukahari).

Bagi menghadapi musibah, Islam mengajar umatnya beberapa cara dan adab, antaranya ialah;

  1. Bersabar ketika mula ditimpa musibah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    "Sesungguhnya sabar adalah pada kejutan pertama musibah berlaku" ( Riwayat Bukhari).

  2. Mengucap 'Innalillahi wa inna ilaihi raji'un' iaitu merujuk kembali apa pun musibah yang berlaku adalah kehendak dan ketentuan Allah SWT.
  3. Menenangkan lidah dan badan ketika ditimpa sesuatu tetapi menangis diharuskan dan bukan menjadi kesalahan.

    Umat Islam tidak dibenarkan melampau dalam menzahirkan kesedihan ketika ditimpa sebarang musibah.

    Dikhuatiri mendatangkan perasaan tidak puas hati dengan ketentuan Allah SWT ataupun musuh bergembira melihat kesedihan kesan musibah yang kita hadapi.

  4. Cendekiawan Islam dan orang yang bertakwa berusaha menyembunyikan musibah. Mereka gembira jika diuji dengan musibah kerana mengenangkan ganjaran yang bakal diterima.

    (Gembira dan reda secara syarie bukan secara tabiie kerana tabiat manusia tentu tidak menyukai musibah.)

  5. Berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT, semoga musibah yang menimpa menjadi titik tolak kepada kita untuk berubah ke arah lebih baik, lebih kuat pergantungan kepada Allah SWT, lebih menjaga syariat, lebih berusaha menuntut ilmu dan beramal untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.
"""""

kadang2 kite selalu menyalahkan takdir yg menimpa kita (mempersoalkan kenapa terjadi bla..bla..) tanpa kita sedari. kite selalu terlupa yg kite sedang di uji. sbb aku sendiri pon kdg2 macam ni jugak... kite sll pk x adilnye org lain macm ni kite plak macm ni. betul x? (jgn tipulah, sbb lumrah manusia memang cmtu =p) sekali lagi kite lupa yg kite jugak ade 'sumthing' yg org x puas hati. (sbb dorg xde)..

so xyahlah nk jeles ke ape.. org lain ade A tp xde B. kite lak ade B tp xde A.. nk dpt A dan B, maka bersatulah...sbb manusia dilahirkan untuk saling melengkapi..

'apabila setiap kali kamu memandang kelebihan org, maka lihatlah jua kelebihan diri kamu...tp jagn sampai kamu lupa siapa diri kamu...apabila kamu melihat kelemahan org, makan lihatlah jua kelemahan diri kamu dan baikilah ia...'

wallahualam..

berita harian-ahad-4 jan 09-dunia-

0 bunga-bunga cOmeL
Jet Zionis bom masjid ketika jemaah bersolat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dalam ucapan yang disiarkan semalam tidak mengambil kira protes dunia terhadap kezaliman Israel di Gaza apabila menggesa semua pihak menekan Hamas supaya menghentikan serangan roket ke negara Yahudi itu dan ia kemudian disusuli tindakan unit artileri rejim Zionis melancarkan bedilan terhadap 40 sasaran di wilayah Palestin bersama jet tempur dan bot perangnya.

Sekurang-kurangnya 750 serangan udara dilancarkan Israel yang kini masuk minggu kedua dan agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan krisis kemanusiaan Gaza, antaranya, 250,000 penduduk terputus bekalan elektrik; sistem saluran air hanya berfungsi sekali selepas lima atau enam hari; bahan bakar dan gas memasak tiada lagi; bekalan tepung, gula, beras dan produk tenusu terlalu kurang dan 80 peratus penduduk bergantung kepada bantuan kemanusiaan.

Dalam serangan terbarunya 13 penduduk Gaza maut selepas bedilan Yahudi mengenai sebuah masjid.

Kira-kira 200 warga Palestin sedang mengerjakan solat ketika serangan itu.

Bush dan sekutunya di Israel mungkin kecewa selepas serangan berkenaan gagal menghalang serangan roket dari wilayah terbabit apabila pejuang melancarkan 500 roket dan mortar ke arah Israel sepanjang minggu lalu membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan menyebabkan berpuluh yang lain cedera.
Sekurang-kurangnya 460 orang, termasuk 66 kanak-kanak maut setakat ini.


Tetapi Bush berkata: “Saya menggesa semua pihak menekan Hamas berhenti melakukan keganasan dan menyokong pemimpin Palestin yang sah ke arah keamanan, termasuk pemimpin Fatah yang mendapat sokongan Amerika, Mahmoud Abbas.”

“Keganasan baru ini adalah dimulakan Hamas, kumpulan Palestin yang mendapat sokongan Iran dan Syria yang menggesa kehancuran Israel,” kata Bush.

Pegawai Israel berkata, 10,000 askar termasuk unit kereta kebal, artileri dan gerak khas sudah berada di sempadan serta bersedia masuk ke Gaza. - AP/AFP

p/s: marilah kita sama mengambil iktibar dan mendoakan kesejahteraan umat islam di seluruh dunia terutamanya di bumi palestin...

aku dpt url ni dr seorang teman (thanx Marina) ;

http://www.palestinkini.info/

(layarilah dan lihat kandungannya)


Saturday, January 3, 2009

.: o0 my dear tina :.

3 bunga-bunga cOmeL
Dalam masa 48 jam pertama tahun 2009, aku dah buat 3 kesalahan yg aku susah nk maafkan diri aku..huhu…walaupun xseteruk yang mungkin korang bayangkan...

Tapi cukup aku katakan yang aku agak menyesal dengan ape yang berlaku. dan membuatkan aku sangatlah banyak berfikir tentang ini.tapi ape boleh buat…mende da jadi.. and seriously, I wish i could control it..

hmm.. bukanlah tujuan aku nk bukakan aib aku sendiri ke ape dgn menulis entry ni.. cuma pengajarannya berfikirlah sebelum buat sesuatu.. =)

Thursday, January 1, 2009

.: 2009 1st tagging :.

1 bunga-bunga cOmeL
hmm... aku pun xtau perlukah aku memenuhi hasrat asrul yang telah dengan suke-sukinye mengetag aku... tp xpela.. sementara menyejukkan badan..

5 things in my bag
(if g kelas)
1. handphone + earphone (buat peneman dikala bosan menunggu)
2. bedak
3. pencil case
4. kad mkn +kad matrik + duit (for emergency)
5. notes

5 things in my wallet

1. duit
2.
myKad
3. ATM card
4. matric card
5. coins

5 favourite things

1. laptop kesayangan
2. handphone
3. sweater stripe biru
4.beg baruku
5. bantal2 ku + teddy bear

5 favourite things dalam bilik

1. laptop lagi
2. bantal wangi
3. tilam
4. intenet (boleh x???)
5. novels

5 things yang ingin dilakukan

1. maen volley tiap2 petang dgn bestnye...
2. bgn awal2 setiap pagi
3. grad on time jugak + jadi cikgu favourite
4. shopping ng family sendiri n bleh beli ape je yg nk..
5. ade anak2 comel2.. haha

5 things yang sering dilakukan
1. online (fb + blogging + chatting)
2. men kompang
3. reading novels
4. mengunyah
5. tdo dgn nyenyaknye!!!


peoples yang diperintahkan buat tag ni..

no one..tag ni terhenti di sini.. sbb aku malas nk buat. jd aku malas nk suh org buat... =p
chow~~

.:sekilas pandang:.

3 bunga-bunga cOmeL
JANUARI
aku memulakan tahun 2008 dgn pelbagai agenda yg tersirat di dalam otakku...
new year kt dat pj kot kt depan amcorp mall tu.. =)
meeting kkaa...
(aku sebagai pengarah kkaaxi)
pertandingan kompang...
(alhamdulillah kejayaan milik 2nd)
mak dan abah balik dr haji...
jualan time PTB...
marketing drive kkaaxi...
dinner reunion gacc...
and the last week was the preparation week of kkaaxi...

>>bulan yang sangat sibuk dgn byk mende yg perlu difikir dan diselesaikan tapi cukup menarik untuk diingati<<


FEBRUARI
Smart plan 1 at SK Bangsar...
berlangsungnya KKAAxi di KKTB
(the most unforgetable moment;
time nila kesabaran dan ketidakmerengan jiwa aku di uji. handphone aku rosak, ade peserta kena g xrayla, ade masalah ng ofis la, masalah baslah.. memang aku betul2 teruji. tp Alhamdulillah, berkat kesabaran, ketabahan, doa aku siang malam, serta kesetiaan anak2 buahku yg sedia membantu , kkaaxi akhirnya selamat diakhirkan. dan yg paling penting, aku diraikan oleh anak2 buahku dan juga dia yg tersayang saat tiba hari lahirku... thanx untuk semua.)
volleyball tournoment
(belum sempat aku berehat, hidup aku diteruskan pulak dgn latihan2 volleyball untuk SUKMUM. dan akhirnya kitorg mendapat tempat yg kedua lantaran ditewaskan oleh kolej kelima)
hari ISM-institut sains matematik
(kemahiran insaniah punya pasal, terpaksalah melibatkan diri..huhu)

***tiga azam 2008 aku tertunai dlm dua bulan ini.. =p ***


MAC
picnic kompang...
(aku x ingt kt ne. rasannye kat ulu yam.)
test..test... dan test...
MAMB I...
(anugerah pengarah projek... dan pasukan feseni terbaik...)
kakak aku kahwin.
(aku rushing balik pas mamb I. dengan segala hormatnye aku pon pontengla kelas. kakak kesayanganku punye pasal kan..)
MAMB II
(anugerah jasa pilihan. time ni aku memang x bajet lgsg akan dapt. lame gakla lutut aku ni nk pulih seperti sedia kala. terkejut+gelabah+macam2 la perasaan time tu..haha)


APRIL
hari pertama bermula dGn interview PM
(mula2 frust gak sbb xdpt. but lastly bersyukur sangt2 sbb leh spent time ng family..,)
sekali lagi berpicnic.
(tempat ulu yam. anjuran KKM. kejadian april fool 2007 cuba diulangi tapi kurang berjaya..huhu)
submit novel...
(at last siap gak kan novel aku tu..huhu)
study week...
final exams...
cuti...

MAY
celebrate birthday abah.
(biasa2 je anak beranak.mmmuaaahhh.. syg abah..)
holidays kt umah...
kenduri kahwin yg kedua di rumah aku...

JUNE
birthday my mama...
(mmuahh.. syg mak jugak...)
balik kl..
(wt keje redaksi dan dlm misi mensurprisekan org yang penting dlm hidup aku =) )
seminggu di kl and then balik kedah...
dan tiba2 aku diminta tlg utnuk ngajar budak2 sekolah men kompang..??? haha

>>>ia sesuatu yang sgt menyentuh hati untuk diigati... tetapi indah untuk disimpan sebagai koleksi memori... <<<


JULAI
hari2 terakhir aku di kedah;
(pertandingan kompang formasi...
hari yg sama, aku jadi manusia yg paling sedih, tp nk menangis x boleh!!!!!!)
balik kl...
daftar kolej...
start sesi baru...
perlantikan ahlijawatankuasa KKM...
minggu mesra pelajar...
(miss jerlun + mr tenggayun both dpt tempat pertama. n kitorg as tailong menang keseluruhan.. =) )
cycling kt Bukit cerakah...
(hampir2 masuk longkang kat selekoh ketika basikal yg aku kayuh turun bukit laju nk mampos .. sebabnye, fikiran aku tiba2 melayang. sedar2 je dah kat sebelah longkang. nasib baik la sempat turn. kalo x, ntah2 aku xsesempurna sekarang.. syukur, Allah memberi aku kesedaran itu. sejujurnya, emosi aku x stabil dan separuh hati aku je tgh berkayuh. separuh lagi, aku xtaulah p mana...)
meeting kkaaxii
(dgn segala hormatnye aku pun melepaskan jawatan pengarah KKAA kepada saudari emy...)
malam pengenalan projek...

OGOS
MITB dan Pesta buah anjuran KKM...
berlangsungnya 2nd stove...
(aku jadi ajk biro minuman. best gle. asyik buat air. ade sekali tu sampai sengkak perut sbb asyik merasa je air.. memang best r jg minuman. sanggup xg satu kelas ni..hee)
test,,..meeting...test... meeting...
minggu kemerdekaan...
and the different between last day of august 2008 and the last day of august 2007.
( a lit bit of diff... but still unforgetable moment ever...)
selamat hari kebangsaan untuk semua.. semoga kita x dijajah lagi dr segala aspek...

SEPTEMBER
1st september was the 1st ramadhan dan setahun satu hari...
test.. test,,..dan test..
hari interaksi at amcorp mall...
(bila aku balik, aku menangis sepuas2nye.. siapalah aku untuk mengelak ujian daripadaNYa... )
bukak puasa KKAA...
kem akademik dan jati diri kat VI...
(dapat 7 org adik2 lelaki... kem yg lepak sket tapi penat sbb time puasa kan.. and the last day of the camp;
aku terkejut tapi aku hepi,
aku keliru tapi aku hepi,
aku ragu2 tapi aku hepi,
aku xfaham tapi aku hepi,
aku takut tapi aku nak.
tapi siapa sangka tgk langit cerah je. macam x ujan. mendung pun x. tiba2 ribut pulak... kite hanya merancang, tapi tuhan yg menentukan. )
buka puasa kt umah uncle...
ade sesuatu yg kadang2 kite x mampu nk miliki walaupun kite dah berusaha sehabis daya kite..dan inilah yang terjadi padaku...die terlalu hebat untukku... dan aku mengundur diri walAU aku masih menyayangi...

OKTOBER
Selamat hari raya aidilfitri..
(raya pertama-kat umah n umah sedara mara
raya kedua- duduk rumah
raya keempat-member saina dtg beraya n pg beraya kt umah memmber2 sekampung.. best gle!!!!
raya ke4-da kena balik. bosan!)
asemen.. esemen dan esemen...
test.. kuiz.. tuto...
abgku heroku menamatkan zamat bujangnya dengan gadis dr bahau...
(xsihat aku lepas balik dr bahau. nk g bahau cm same je jauh nak balikkedah..haha.. serik aku)

NOVEMBER
study week ...
EXAM.. EXM.. AND EXAM...
balik umah.. holidays..

DISEMBER
still holidays...
(kenduri my brother kt umah plak,
cute baby Awatif lahir..alala comelnyer.. i miss her.. and him. si little hero, aiman...)
g pulau pangkor...
balik um..
main kompang...
start sem 6...
last day of 2008 and early 0f 2009, tdo x cukup~~~



finally, abes gak review of 2008 ni...dah ngantuk2 aku wt sambil mengerah kepala otak dan merujuk 2008 punye planner..

betulla kan kata org. hidup kita ni macam roda. sekejap kat atas kejap kat bawah. die pusing2 je sampai saat ajal kita, roda tu x bergark lagi.

mula2 hidup aku hepi je walo byk2 gle tekanan2 yg aku hadapi... and then DIa uji aku...sejauh mana kekuatan aku.. sejauh mana tahap keimanan aku (walaupun aku bukanlah sesiapa untuk bercakap byk mengenai iman..).. aku cuba belajar dari kesilapan. cuba bangun dr kejatuhan, cuba melangkah dalam kelumpuhan...walau kadg2 aku jatuh lagi dan lagii dan lagi... namun aku tetap terus juga cuba mengorak.. setiap kali mengingati kisah indah, ia buat aku ralat dgn ape yg terjadi. namun sekali lagi, siapalah aku untuk melawan takdir... yg berlalu biarkan berlalu.. yg di depan harus difikir bagaimana ingin di tempuh..

aku tahu, walaupun aku ni kecik, kuat menangis, dan sgt sensitif tapi disebalik semua kelamahan itu, aku tahu aku punya hati yg kuat.. demi keluargaku yg tercinta, yg jaga aku selama hidup ini... demi Allah yg mencipta segala yang dilangit dan di bumi... aku perlu kuat..

semoga tahun baru ini, 1430h dan 2009M menjanjikan sesuatu yg lebih bermakna...

wallahualam..

p/s: buat2 xnmpk la if ade ayat2 aku yg skema, y merepek, yg salah eja..haha.. maklumlah kepala ingt nk tdo je.. ngntuk2.. tp nk siapkan jugak kan..hee
CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...