Chap 10
Ya, Riyat pernah hadir dalam hidup aku dulu dan kini dia
muncul lagi bersama cintanya padaku yang tak pernah padam. baru kutahu bahawa
dia tinggalkan aku dulu bukan kerana apa yang pernah diberitahunya kepadaku
sebelum ini tetapi semuanya dilakukan demi kebaikanku.
Kini baru kusedar dua
tahun menjalin cinta dengannya, prestasi pelajaranku menurun. Sungguh, aku tak
pernah menyangka yang dia tinggalkanku kerana sebab yang satu itu. mungkin juga
ada hikmahnya, kerana selepas dia tinggalkan aku, hidup aku memang bertemankan
buku sehinggalah selepas dua tahun menamatkan pengajian, aku bertemu dengan
Benn, lelaki yang baru beberapa bulan dahulu aku tahu dia PENIPU!
Dalam diam, suamiku
itu mencari aku rupanya. Bila dia dapat tahu hubungan aku dan Benn, yang
sememangnya diketahui umum yang dia tu playboy
(kenapa aku tak tahu pasal ni??), Riyat berjumpa dengan nenek dan menceritakan
semuanya termasuklah niatnya untuk memperisteri aku. Itulah sebabnya nenek
menggunakan kuasa vetonya menyuruh aku bawa balik menantu dalam masa 30
hari. Dah tentu sangatlah yang Benn tu akan lengah-lengahkan masa. Dah nama pun
playboy. Tup..tup.. dia buat pengakuan eksklusif tentang hubungannya dengan
Ivy, model iklan deodorant tu.
Nak kata aku ni frust
menonggeng tu, taklah juga. Setidak-tidaknya tidaklah seteruk ketika Riyat
tinggalkan aku dulu. Berbulan-bulan juga air kelapa muda tu menjadi ubat aku
dulu.
Tapi kan, katakanlah aku ikut cadangan Si Ana dulu, macam
mana agaknya ya? Tiba-tiba aku bawa balik Legolas a.k.a abang khai yang jual
air kelapa dekat simpang tu, apa nenek akan buat ya? Tak pasal-pasal orang tua
tu masuk hospital sebab kena darah tinggi. Stress sangat dengan cucu dia ni.
“SAYANG, kenapa gelak sorang-sorang ni? dah tengah malam dah
kan?” soalan Riyat menghentikan tawaku. Dia ni kan, memang suka sekodeng aku
tengah-tengah malam kot? Terus hilang bayangan nenek masuk hospital yang
bermain di mindaku tadi. Jahat gila bayangkan nenek macam tu!
“tak tidur lagi ke?”aku menyoalnya. Tadi cakap mengantuk
sangat. Lepas habis je sesi soal jawab denganku, terus dia ke bilik tidur. Aku
ditinggalkan seorang diri di depan tv ni, mengimbas kembali apa yang
diceritakannya.
“nak tidur macam mana. Dapat bini yang lampi macam kau ni,”balas
Riyat lalu tersenyum. Yang peliknya, senyuman dia tu lain macam sahaja. Dahlah
sempat lagi mengutuk aku.
"kau ni kan!!! Nak tidur, tidur ajelah. Bising!” marahku.
Geram dengan sikapnya.
“Kirana sayang... macam mana aku nak tidur? Bantal peluk aku
ada kat sini...” jawabnya perlahan.
“bantal peluk? Bila pula kau bawa keluar bantal kau ni? ada
kat dalamlah!”balasku pula sambil menebarkan pandangan ke sekeliling ruang tamu
itu.
“kau ni kan! Aku cakap lampi, kau marah! Dahlah, suka hati
kaulah! Ingat ye sayang, ingkar perintah suami ni apa hukumnya....” katanya
sambil tersengih sebelum meninggalkan aku. dia berjalan ke arah biliknya lalu
menutup pintu.
Alamak, apa aku dah buat?
“Riyat...”
“riyat... bukalah pintu. Aku main-main je tadi!” aku
mengetuk pintu biliknya bertalu-talu bila tiada sahutan.
“Riyat.. kau dah tak sayangkan aku ke? kau kata cintakan aku
sampai syurga...” rayuku di balik pintu biliknya itu.
“HAH! Tahu takut!” Riyat ketawa sebaik sahaja melihat aku
yang sudah terduduk di depan biliknya.
“aku pun main-main juga. Dahlah tu. kau tidur bilik
kau aje,” kata Riyat sambil membantu aku bangun.
“tapi...”
“it’s okay. Aku
tak paksa kau.”
“Riyat...” aku lihat dia tersenyum sambil merenung ke dalam
mataku.
“i’m okay. Don’t...”
“ish, kau ni asyik nak potong cakap aku aje!” aku pula yang
memintas kata-katanya. Dia ketawa perlahan.
“say it.”
“hmm..”
“sayang, just say it!”
“aku yang tertinggal bantal peluk aku kat sini. So mulai
hari ni, aku tidur kat sini,” kataku lalu ketawa dan terus masuk ke dalam bilik
itu.
“gatal eh!” balasnya pula lalu ketawa. aku rasa malam ni
memang kami berdua kena sawan gelak kot! Untuk beberapa saat kami saling
kejar-mengejar di dalam bilik itu.
Aku tak tahu dan tak kisah apa anggapannya. Gatal-gatal pun,
isterinya juga. Yang aku tahu, kami bahagia dengan jodoh ini dan mula merasai
keindahan berumah-tangga. Harapanku dan harapannya kini menjadi satu: semoga
kami bahagia sampai ke syurga.
Yup, lepas ni aku tak cari air kelapa muda lagi sebab aku
ada lebih dari itu!
TAMAT
150312