Chap 7
Neya dan Aqil berborak mesra di restoran KFC itu. masing-masing berkongsi kegembiraan kerana muncul juara. Sekali-sekali mereka ketawa bila ada adegan lucu yang diceritakan tentang perlawanan masing-masing.
“aduh... dahlah Aqil. sakit perut saya asyik gelak aje,” kata Neya dalam sisa tawa yang masih belum hilang.
“OK.Ok... I pun dah penat gelak. Mana cheesy wedges kita ni? sampai sekarang pun tak dapat lagi? Yang dalam pinggan ni pun dah habis kita kerjakan!”
Aqil melambai-lambai pekerja kfc yang kebetulan sedang mengemas meja tidak jauh dari mereka. budak lelaki itu mengangguk-angguk lalu melangkah ke kaunter. Seminit kemudian, cheesy wedges mereka pun terletak elok di atas meja.
“so, what about the other story?”soal Aqil bila kedua-duanya sudah bertenang. Sepotong cheesy wedges diambil lalu dikunyah.
“what other story?” Neya menyoal lelaki itu semula.
“perhitungan di cafe. Remember?”
Neya ketawa, “oh, itu!”
Aqil mengangguk dan menanti Neya membuka mulut bercerita dengannya.
“yang awak ni excited sangat nak dengar kenapa?”
“sebab you dah cakap ‘nanti saya cerita’. Haa... you dah janji, jadi mesti kena cerita!” Aqil menjawab dan mengulangi ayat yang Neya pernah katakan padanya bebrapa hari lepas.
Neya ketawa lagi. Dia pun sudah terlupa pasal hal itu. sebelum memulakan cerita, dia menarik nafas dalam-dalam.
“perhitungan dengan dalang yang menyebabkan saya tak main selama ni dan Amat tak main tahun ni.”
“yes, you memang ada cakap Amat tak main tahun ni. ada dalang? What happened? I never thought that there was someone beside all these matters.”
“Ingat lagi tak Dina yang kita jumpa masa awak temankan saya melawat Amat dekat hospital dulu?”
Aqil mengangguk. Mustahil dia lupa dengan hari yang penuh sejarah itu. kerana adegan sebabak itulah Neya dan dia semakin rapat.
“dia yang merancang dengan Faruq,” sambung Neya lagi.
“siapa pula mamat nama Faruq ni?” Aqil menggaru keningnya yang tidak gatal.
“he’s one of my ex-schoolmate. Kawan yang rapat. Macam saya dan haikal. Dia yang rancang semuanya bersama dengan Dina.”
Neya kemudiannya menceritakan apa yang berlaku di cafe hari itu. tidak satupun yang terlepas. Aqil mendengar dengan kusyuk. Menarik juga cerita si Neya ni. macam tak percaya pun ada!
“So, dari mana you tahu semua ni sebenarnya?”
“malam sebelum tu, saya ternampak mereka berdua jalan berpegangan tangan. saya tahu Amat tarik diri sebab retak di kaki masa accident tu. Ya, masa kita lawat tu memang dia cakap sakit sikit sebab doktor belum sahkan lagi kecederaan pada kaki dia. kita kan advance, datang awal.
Kemudian saya terdengar pasal planning dia orang. maklumlah makhluk-makhluk tuhan tu tengah teruja sangat bercerita tentang kejayaan dia orang. cakap tu dah tak pandang kiri kanan. Nasiblah,” jawab Neya menceritakan insiden malam itu. mujurlah dia mengekori Faruq masa tu, kalau tidak, mungkin sampai bila-bila dia takkan tahu.
“you ni kan, tak reti takut ke? dah lah malam. Mengintip orang. buatnya ada benda lain mengintip you, macam mana?” soal Aqil ketawa.
“merepek aje. Alhamdulillah, saya selamat. Tapi sebenarnya tak sangka juga saya sekental itu menyerang faruq dan Dina. Masa tu memang macam kena rasuk. Rasa macam marah tu dah naik sampai kepala.
Kesian Amat. Tak pasal-pasal terlibat sekali. Amat bukan kenal si Faruq pun. tapi Amat tu pun satu. Yang tergoda dengan si Dina kenapa? Sakit hatinya! 2 tahun dia tipu saya. Lepas tu kerana Dina tu juga Amat kemalangan. Perempuan tu memang talam dua muka. Dah buat orang sakit, boleh pula dia bergurau senda dengan orang tu. hai, rasa nak belasah aje!” Neya kembali beremosi.
Aqil hanya tersenyum mendengar luahan hati Neya. ada sesuatu yang dia pasti tentang hati dan perasaan gadis itu. dia masih lagi menyayagi Amat.
“sudahlah tu. benda dah jadi. Semuanya ada hikmah. Kalau Amat tak kemalangan, you mesti tak jumpa Dina kan? Kemudian apa? You mesti takkan main bola tampar semula untuk varsiti. Dan you mesti takkan tahu sebenarnya ada dalang di sebalik semua ini,” Aqil berhujah.
Dan kita mesti takkan lebih rapat macam sekarang. Aqil tersenyum lagi. Cukuplah kata-kata itu terlahir dalam hatinya saja.
Neya mengangguk mendengar-dengar hujah Aqil. ada benarnya apa yang diperkatakan Aqil. jam di tangan dipandang sekilas.
“awak, jom balik! dah lewat ni,” ajak Neya. cheesy wedges yang terakhir dimasukkan ke dalam mulut bila mendapat isyarat dari Aqil supaya dia menghabiskannya.
Perjalanan pulang hanya bertemankan lagu di radio. Masing-masing melayan perasaan. Neya dengan rasa rindunya pada Amat dan Aqil pula rasa cintanya pada Neya.
“aqil, awak terlalu baik untuk saya selama ini. terima kasih sangat-sangat untuk malam ini dan juga hari-hari yang pernah kita kongsikan bersama. You such a good friend to me Aqil!” ujar Neya sebaik sahaja Aqil memberhentikan kereta.
“so there’s no chance for me at all?” soal Aqil. wajah Neya dipandang lama. Gadis itu menguntum senyum.
“Aqil, saya doakan awak dapat jodoh yang lebih baik dari saya. Insyaallah, satu hari nanti,” balas Neya. dia harus berlaku jujur pada Aqil.
“i lose again!”
“hei, yang ini tak kira! Muka hensem macam awak tentu senang nak cari pengganti kan? Janganlah macam ni Aqil. serba-salah saya jadinya. Kita masih kawan kan?”
Mula-mula Aqil sengaja menarik muka masam tapi bila ditenung Neya dengan mata besarnya itu, dia ketawa. hai, macam manalah dia nak lupakan gadis ini??
“okay kita kawan.”
“cool!”
“bye Neya!” ucap Aqil sebelum gadis itu menutup pintu kereta. kemudian dia memecut laju tanpa memandang ke belakang lagi.