Good nite sayang 2 special
Luthfi terkejut bila tiba-tiba seorang gadis duduk disebelahnya. Dari tepi dia memerhati gadis itu. matanya sembab macam tak cukup tidur tapi mungkin juga gadis itu menangis.
‘sayang, I dah dekat hentian duta. Masih sempat lagi kalau u nak datang . I’ll wait for you... pls come sayang.’
Sempat pula dia mencuri-curi baca sms yang dihantar gadis itu. oh, bergaduh dengan boyfriend kot! Detik hati Luthfi. pergerakan gadis itu masih menjadi perhatiannya. Cantik dan nampak manis bertudung begitu.
Tiba-tiba ada seorang perempuan di sebelah gadis itu bangun diikuti dengan lelaki yang kelihatan seperti memujuknya. Luthfi lihat gadis itu memandang pasangan tadi tidak berkelip dengan dahi yang berkerut. Hai, semua orang ada masalah dengan pasangan masing-masing kot?
Gadis itu mengeluh. Luthfi menyembunyikan senyumannya. Jeleslah tu, yang ditunggu tak datang!
Setengah jam berlalu, akhirnya bas tiba. Sebaik sahaja tamat pengumuman Luthfi bangun dan menggalas backpacknya. Gadis disebelahnya juga begitu. Luthfi semakin teruja. Adakah ini mungkin kebetulan yang baik?
Gadis itu dibontotinya. Besar harapannya seandainya gadis itu menaiki bas yang sama.
Yes!!!
Luthfi tersenyum riang bila gadis itu meletakkan beg di tempat letak beg dalam bas yang sama dengannya. Sengaja dia naik cepat-cepat supaya dapat melihat gadis itu duduk di mana.
Takdir apakah ini? mungkin tuhan temukan jodohnya di dalam bas di hentian duta ini?? Luthfi tersenyum lagi.
“YA ALLAH!!! You were that guy!!???” Aku menyoal Luthfi dengan perasaan yang sanagt teruja.
Aku lihat Luthfi mengangguk.
“it is so unbelievable! Luth sangat menjengkelkan tau! Tuhan sahaja yang tahu betapa geramnya Uyin masa tu!”
“what was my first sentence to you?” soal Lutfi sinis sambil mengangkat kening sebelah. Pura-pura tak ingat konon.
Tak payah nak kerah-kerah dah kepala otakku. Apa yang terjadi selepas itu memang aku ingat sampai sekarang. Kan aku pernah cakap aku dengan dia ni macam ada satu ‘sejarah’!
“BUNGA bukan sekuntum, kumbang bukan seekor...”
Aku memandang kiri dan kanan. Eh..eh mamat ni tengah cakap dengan aku ke? nak kata bercakap dengan orang belakang, dia tengah pandang aku. Ah, pedulikanlah! Aku duduk di sebelahnya setelah pasti memang itu tempat dudukku.
“hidup kita kat dunia ni ada banyak sebab. Bukan hanya kerana pasangan kita sahaja..”
Aduh! Apa pula mamat ni merepek?
“i don’t get it and i don’t want to know it!” kataku sambil mendengus. Sibuk ajelah dia ni tau!
Aku lihat dia ketawa.
“ apa yang seronok sangat?” marahku.
“maaflah tadi saya dengan tak sengaja terbaca sms awak...” ucapnya sambil menunjukkan wajah serba-salah.
Ya allah, dia ni memang betul-betul penyibuk! Dan aku akan menghabiskan masa selama 4 jam dalam bas dengannya!
Telefonku berdering tanda ada sms masuk. Aku menjeling dia yang seolah-olah lebih excited mahu mengetahui kandungan itu berbanding aku. Dia tersengih lalu memandang ke luar tingkap.
I’ve made the hardest decision. Please Rin, jangan hubungi I lagi..
Tidak semena-mena air mataku mengalir. Dia benar-benar membuang aku. Apa guna ucap sayang kalau tidak berusaha untuk bersama. Mungkin jua kami sebenarnya tak ada jodoh. Dan aku takkan sekali-kali berpatah balik lagi. Dia buang aku bermakna dia buang cinta aku, yang juga bermaksud tiada lagi cintaku untuk dia! That’s it! Tiada lagi pembaziran air mata hanya kerana orang seperti dia!
Huh!
“Wah... i can’t feel that too!” sampuk lelaki disebelahku lagi.
Aku mengerutkan dahi. Apa agaknya masalah dia ni kan? Tak cukup kasih sayang kot.
“feel what?”
“huh!” ulangnya sambil menunjukkan gaya ‘gambate’ sepertiku tadi.
LUTHFI ketawa besar. Dia masih ingat? aku meneguk air di dalam gelasnya. Dia ingat dia seorang je yang dahaga?
“eh..”
“apa? Salah ke isteri kongsi gelas dengan suami?” kataku bila dia memandangku dengan pandangan yang pelik. Akhirnya dia tersenyum.
“tak lah. Lagi suka!”balasnya.
“macam manalah Uyin boleh tak ingat langsung pasal Luth?” aku tertanya-tanya sendiri lalu membayangkan imejnya masa dulu.
DALAM diam aku mengamatinya. Siapa dia ni? memanglah muka boleh tahan, tapi perangai penyibuk dia tu... kalahkan mami jarum! Ni mesti kepala botak ni, sebab tu pakai snow cap. Bajet hotlah pakai snow cap!
“kenapa hensem sangat ke? pandang saya sampai berkerut-kerut dahi,” sergahnya tiba-tiba.
“orang hensem takkan cakap dia hensem,” balasku pula.
“okay... okay... maafkan saya untuk semua yang terjadi hari ni. bas pun dah jalan. Kita ada lagi 3 sehingga 4 jam untuk dihabiskan bersama, jadi saya cadangkan kita berdamai. Nama saya...”
“MUHAMMAD ADAM LUTHFI! Luth bagi tahu nama Luth malam tu. macam manalah Uyin langsung tak ingat.”
“sebab dalam hati sayang tu penuh dengan prasangka buruk. Semua yang Luth cakap sayang bidas. Sampai dah clueless pun tak nak mengaku kalah,” katanya padaku. Aku ketawa besar.
“yelah. First impression tu penting. Yang Luth tu sibuk sangat interframe dalam masalah Uyin kenapa? Nasiblah,”balasku pula membela diri sendiri.
“dahlah tu sayang, dah malam sangat ni. esok ada banyak kerja lagi nak buat. Jom,” katanya lalu bangun dan meletakkan gelas di dalam sinki.
“eh, jom apa?” aku gelabah. Perasaan takut mula menguasai diri. Memanglah pelik rasa takut pada suami sendiri, tapi itulah aku rasa sekarang.
“jom Luth hantar sayang masuk bilik lah.”
“err... Luth tidur bilik tetamu kan?” soalku ragu-ragu.
Aku lihat Luthfi tersenyum lalu mengangguk. Senyumannya nampak ikhlas, seolah-olah memahami apa yang aku rasakan sekarang.
Setelah menutup lampu dapur, dia memimpin tanganku. Genggamannya aku rasa erat. Terasa yang aku betul-betul disayangi.
Kami melepasi bilik emak dan abah. Tiba-tiba ada rasa sayu di hatiku.
“hmm.. Luth, uyin nak tidur dalam bilik emak.”
Luthfi hanya menurut. Setelah memastikan yang aku selesa berbaring di situ. dia bangun lalu mengucup dahiku lama.
“selamat malam sayang...” ucapnya perlahan.
Aku terdiam, tidak mampu berkata-kata. Sungguh luhur perasaannya. Tak mungkin aku dapat lalui malam-malamku selepas ini tanpa dia.
“luth...stay with me...”
Dia tersenyum lalu kembali kepadaku.
“sayang nak Luth dodoikan dengan lagu yang paling indah tak?” tanyanya padaku.
Aku menangguk pantas. Sudah tentulah aku mahu.
Dia mengiring mengadapku. Tangannya mengusap kepalaku. Matanya redup memandangku dan dia mula melafazkan zikir-zikir di telingaku. betapa merdunya suara Luthfi ketika pertama kali dia menyanyi untuk aku, merdu lagi suaranya ketika dia mengalunkan zikir, memuji Tuhan sekelian alam.
Mungkin Allah pertemukan aku dengan orang yang salah sebelum DIa temukan aku dengan Luthfi agar bila ada Luthfi datang kepadaku, aku akan sentiasa menghargainya.
Ya allah, kau berkatilah hubungan kami ini! lindungilah kami dari kezaliman terang dan kelam. Sesungguhnya engkaulah yang Maha berkuasa ke atas segalanya!
Benarlah... dengan izin yang Esa, siang akan tiba bercahaya dan semua kisah baru akan bermula untukku. Arjuna aku adalah Luthfi!
“selamat malam sayang...” aku berbisik ke telinganya lalu memejamkan mataku yang semakin berat.
Semoga kami bahagia sehingga ke syurga. Amin...
Tamat.
p/s: feel free to drop any comments.. harap terhibur dan sikt sebyk mndpt manfaat drpdnya..
8 bunga-bunga cOmeL:
alhamdulillah..yay! hehehe..thumbs up up up! =D
heee. comel... :)
sangat sweet hehe..anda mmg berbakat..sorry..this is my first comment..
apa2 pun teruskan usaha ya..
cik atieput2..sya ada baca komen awak d penulisan2u pasal cerpen 'bapak bayi siapa nie??'
klu masih ingat..sambungannya ada dlm blog sya..
jemput baca hehe..
www.kkzen.blogspot.com
m3:tq2... Keep reading my writing ye.hehe
Ain: comel untuk ain jugak.. :)
Kkzen: tq sbb sudi komen.mcm penah dgr tjuk tu.tp da xingt cite yg mana sbb byk sgt bce.yg this one girl tlg tgk baby ths one guy kt shopping mall tu eh?
Hehe..skrg tgh on mobile internet. Nt bile on9,kte bce awk punya sambungan. Tq.singgah lg ye..
eee comelnya... suka2.. thumbs up:)
tq anonym!
sorry atie huhu..baru baca yg ni..nopp..
sambungan dia cerpen yg "terjatuh sayang" huhu..
apa2 pun thanks sbb sudi sggah..ya,kita on9 guna fon jepp..kdg2 guna lappy la klu update blog huhu..
@Kk Zen
orite. ;) jemputbce yg lain2 juge..;)
Post a Comment