Jogging day 11
Eh, itu macam mamat hisap rokok tu je! Aku terus bersembunyi di sebalik pokok di taman permainan itu.
Siapa pulak yang hantar dia balik?? Mana kereta coklat dia tu?
Tiba-tiba aku ternampak ada seorang perempuan keluar dari Honda jazz berwarna merah itu.
Dalam tak sedar, rupa-rupanya, aku terasa sesuatu. Kecewakah aku?
Aku duduk di kerusi panjang. Mulalah terasa nak layan blues... ini malas ni.huh!
MP4 ni pun! Masa-masa ni juga, dia play lagu jiwang.argh... stress!
“assalamualaikum!”
Aku mendongak ke arah suara yang kedengaran perlahan ditelingaku.
“Aduh!” dia mengaduh. Apa tidaknya. Aku tiba-tiba terus terpacak berdiri sehingga kepalaku terhantuk di dagunya.
“sakit ke?” aku menyoal sambil mengusap-usap kepalaku.
“sikit... boleh duduk sini?” dia menyoal.
“duduklah. Saya dah nak balik,” balasku pula. Tidak mahu berlamaan disitu dengannya.
“nantilah...”
“err.. mak saya panggil balik,” balasku lalu meninggalkan dirinya.
3 bunga-bunga cOmeL:
heeeeeeee xsabo nak tunggu next episode!!!huhuhu :)
aiyakkk! awat pendek sgt ni... xsbar2! next episod plssss!!! =D
akn dtg..hee
Post a Comment