Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Thursday, June 4, 2009

umi khadijah (part 3)


Aku berdebar-debar saat menanti bakal suamiku melafazkan akad yang akan menyatukan kami. Kak Mas, mak andamku sedikit-sedikit men’touch up’ wajahku. Kadang-kala naik rimas aku dibuatnya. Sarah pula setia berada di sisi aku sejak dari pagi lagi. Kak Ann pula mengambil tugas melayan tetamu bersama mama, papa dan abang.

“dah selamat Umi,” kata Kak Ann tiba-tiba muncul di sebalik pintu.

Aku mengucap syukur. Senyuman terukir di bibirku. Dengup jantungku semakin laju saat si dia memberi salam dan meminta izin untuk masuk ke bilikku bagi melaksanakan majlis pembatalan air sembahyang dan menyarungkan cincin di jari manisku.

Hafezi… kacak berbaju melayu lengkap bersamping. Dialah lelaki yang akan menjadi teman hidupku, berkongsi suka dan duka bersama-sama. Dialah juga yang sabar melayan karenahku saat aku langsung tidak mengendahkannya.

“abang…” kuraih tangannya lalu kukucup. Aku hadiahkan sebuah senyuman yang paling manis untuk dirinya di saat tangan kami bersentuhan. Dia dengan penuh ikhlas mengucup dahiku. Cahaya dari lensa kamera memenuhi ruang bilikku bagi merakan saat indah ini.


*****

Aku ditinggalkan bersama Hafez di dalam wad itu. mungkin mereka sengaja mahu meninggalkan aku sendirian bersama lelaki yang sedang terlantar di atas katil ini. Aku lihat dahinya berbalut. Ada sedikit kesan darah di situ. Dia juga mnggunakan alat bantuan penafasan.

Aku menatap wajahnya. Rasa sayu segera menyelinap ke jiwaku. Tetapi entah mengapa lidahku kelu. Tidak tahu apa yang harus kukatakan. Dengan keadaannya yang tidak sedar begini, aku jadi semakin serba salah.

“saya tahu awak mendengar ketika ini. saya nak minta maaf kerana selama ini saya tidak mengendahkan awak. Saya betul-betul ingat awak dah kahwin dan Aqilla tu anak awak. Dan awak ambil masa yang lama untuk menerangkan yang selama ni saya salah faham tentang status awak. Awak sendiri yang menyakiti diri awak dan saya juga.

Hafez, saya tahu lebih setahun yang lalu awaklah yang menghadiahkan novel itu untuk saya. Dan untuk pengetahuan awak, rupa-rupanya awaklah lelaki yang saya tunggu selama ini. awaklah budak lelaki yang menjadi teman saya dulu tak kira ketika saya sedih dan gembira. Awak berkawan dengan saya ketika budak-budak lain menyisihkan saya. awaklah budak lelaki yang dikatakan mati oleh kawan-kawan kita yang nakal dulu. Awak ingat tak? Tidak sangka awak masih lagi berada di depan mata saya sekarang. Bangunlah Hafez…” rayuku.

Air mataku mengalir laju. Tangannya kugengam erat, cuba mengalirkan semangatku untuknya. Aku yakin dia mendengar kata-kataku walaupun dalam keadaan begini.

“Umi, jom kita balik dulu. dah lewat benar ni. Umi pun kerja esok kan? Abang tunggu di luar ni,” kata abang lalu menutup semula pintu bilik yang menempatkan Hafez dan aku kini.Aku mengesat air mata. Aku tidak mahu dia melihat aku menangis begini. Aku mesti kuat.

“dan awak mesti bangun Hafez! tapi saya mesti pulang sekarang. Esok bila saya datang semula, awak mesti sedar ye…” kataku lagi seolah-olah memujuk seseorang yang sedang berjaga.

Keesokkannya, aku datang lagi. Begitu juga dengan hari-hari seterusnya. Dia masih tetap sama. Tidak sedarkan diri tetapi sekurang-kurangnya dia sudah boleh bernafas sendiri. Setiap kali melawatnya, aku sentiasa menceriakan diri walaupun aku tidaklah sekuat mana. Dan selepas itu barulah aku akan menangis. Aku takut jika tiba-tiba aku kehilangannya lagi.

“assalamualaikum Hafez… Umi datang lagi. Umi bawa bunga baru untuk Hafez. Hafez tengok bunga ni layu dan Umi kena ganti baru. Umi tak nak Hafez jadi macam bunga ni,” kataku merujuk pada bunga layu terdapat di dalam pasu. Bunga mawar segar yang baru kubawa, kuletakkan di dadanya. Aku mahu dia menghidu bau segar itu.
“Hafez, Umi laparlah. Umi belum makan. Hari ni kerja banyak sampai tak sempat Umi nak makan. Hafez bangunlah. Bila Hafez nak temankan Umi makan?” aku bercakap sendiri lagi. Itulah yang aku lakukan setiap kali melawatnya.
“hafez, semalam kenduri kawan Hafez yang tentera tu. Abang ajak Umi temankan dia sebab kak ann tak sempat pergi. menariknya majlis tu Hafez. rugi Hafez tak dapat pergi. mula-mula Umi ingat nak temankan Hafez di sini tapi bila ingatkan yang Hafez pernah ajak Umi, jadi Umi pun ikut abang. Cantik betul gaun pengantin perempuan tu. Macam Cinderella pula. pengantin lelaku pun tak kurang hebatnya. Kalau pengantin lelaki tu kawan abang, mestilah kawan Hafez juga kan. Bestnya kalau dapat pergi dengan Hafez!” aku bercerita penuh teruja.
“Hafez, Umi nak balik dulu. esok Umi datang lagi,” kataku setelah lama membiarkan keadaan sunyi seketika. Perut yang kosong juga harus kuisi walaupun seleraku sudah tumpul kebelakangan ini.
“sayang… tak nak teman hafez lagi…?”langkahku terhenti tatkala mendengar suaranya. Lambat-lambat aku berpusing. Bimbang jika itu hanya mainan hatiku yang begitu rindukan dirinya.

Dia tersenyum. tangannya memanggil supaya aku ke sisinya. Tidak tahan dengan keadaan itu, air mataku menitis lagi.tangannya segera aku gengam.

“hei.. janganlah menangis sayang…”pujuknya.
“Umi pergi panggil doktor,” kataku cuba mengelak walaupun sebenarnya aku malu dipanggil begitu dalam keadaan seperti sekarang.
“kejap lagilah. Hafez ok. mari sini, Hafez kesat air mata tu,” katanya lalu menarikku supaya menghampirinya.
“cantik betul Umi ni. Geram Hafez tengok. Rasa macam nak cium je!” aku terus terpacak berdiri tatkala mendengar ayatnya yang terakhir. Wajahku merona merah. Itu aku pasti.
“hish Hafez ni.otak tu dah tak betul ke lepas accident? Gatal betul,” balasku. Nadaku sengaja aku tegaskan. Dia hanya tersenyum.

****

“sayang boleh abang tanya sikit?” soalnya tiba-tiba. Dahinya berkerut persis sudah lama dia mencari waktu yang sesuai untuk bertanya. Apa tidaknya, sejak dari pagi lagi kami sentiasa dikerumiuni oleh teman dan saudara mara.
“tanyalah,” balasku.
“mana sayang tahu abang ni budak lelaki yang pernah ‘mati’ dulu tu? Faiz dah janji tak nak beritahu sayang. Mana ada orang lain tahu,”
“ooo… abang Faiz pun tahulah hal ni? Sampai hati dia tak cakap. Padahal dia tahu yang Umi sayangkan budak lelaki tu,” balasku. Selama ni aku sahaja yang tidak tahu hal sebenar.
“ala sayang, bukan salah Faiz. Tapi abang yang nak dia rahsiakan. abang nak tahu, betul ke sayang ni sayang abang macam yang Faiz cakap. Tapi sekali, Umi pula salah faham. Pening abang tau nak tackle isteri abang ni,” katanya lalu memelukku. Aku ketawa. Dia tidak tahu Linalah yang membocorkan rahsianya itu. dan kalau lina tidak memberitahu aku sekalipun, aku sudah lama mengecamnya melalui senyuman yang sama dia pernah hadiahkan untukku pertama kali dia berkawan denganku dulu dan yang paling penting adalah tahi lalat di tepi telinganya.
“ha ni kenapa senyum sorang-sorang ni? Fikir apa?” sergahnya.

Aku ketawa lalu melepaskan diri dari pelukannya. Dia mengejarku di saat aku mencapai tudung dan lari menuruni anak tangga untuk ke bawah.

Hai… bahagianya aku !!! =)

-----------------------THE END------------------------

9 bunga-bunga cOmeL:

ATIE said... [reply to comment]

end of story~~~~

so wut do u guys think?

ok x? dis is my first try... so kalo korg leh kasi komen yg membina...mana tau next time boleh improve my skill..

tq tau sbb sudi bace ni... =)

pelaholic said... [reply to comment]

ala...ending tu ko kene ubah skt la susunan
biaq gempaq skit
aku baca,jadi turun ar aku pnya excited nak tahu ending
huhuhu
ni komen membina tau,bukan mengutuk
tapi part 1 n 2 terbaik la
hehehe
part 3 ko kene ubah skit k
sorry...(<.>)
(komen pribadi,bukan sume org)

pahni ko cipta movie lain lak
aku sokong ko
hehehe
cane ko leh jadi pengarang lak eh?

ATIE said... [reply to comment]

heee... aku sengaja susun cmtu..flash back..

aku dah lame suke menulis-nulis.hee..isi masa lapaang. tgk la satu hari nanti.. aku buat skrip lak ke..haha

-m3- said... [reply to comment]

by parts, best...susunan plot die menarik

ending, buleh guess...kak tina pun cakap typical kan
;)

good try! and...try more! hehe...

K-RuN said... [reply to comment]

nice try!!!

really luv de first part...it make me more eager to read...

rsnya ending perlu add sumthing r..br bez cket....

neway, it's ur piece of work...u r de director,de narrator...u hv de power to create the flow of de story...

keep on writing...i'll be ur fans!!!for sure...

ATIE said... [reply to comment]

m3: thanx for the comment... nt kte try buat yg korg tersalah guess plak..

ayeen: thanx nk jadi fan.hee... bole2..

buat masa ni kena hold dlu.. sbb bz sket.. dah ade cte tp kena check n improve dulu.. =p

pelaholic said... [reply to comment]

dah ada crite baru???
ape lagi weyh,cepat2 la bukak lappy
taip citer baru
huhuhu

stinkyspikey said... [reply to comment]

nice try...
boley than la bg sorg yg bru mencuba..
nanti buat bnyak2 lg...
sy nk bce...
hahahaha...

ATIE said... [reply to comment]

tq stinkyspikey.. da bce apa kata hati?? =p

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...