Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Wednesday, October 17, 2012

calculator 2 muka!

0 bunga-bunga cOmeL

depan kita....
sembang bagai nk rak
bergelak ketawa bersama-sama

bila belakang kita hmmm...

pot pet pot pet...

sangat




aku ni sll gak la pk positif.. Allah kata, kita jangan buruk sangka pada orang..

tapi tulah...

they just lost my respect!

that's it.

smoga Allah menjauhi aku dari sifat-sifat seumpama ni... mengeji, mengumpat, bawa cerita etc

calculator 2 muka betul!

p/s: mode number yang sangat banyak... 



kelapa muda vs dia 5

0 bunga-bunga cOmeL

Chap 5

“ANA, kau balik pukul berapa?” soalku lemah bila Ana menjawab paanggilanku.

“aku dah on the way. Kenapa dengan kau ni? suara macam orang tak makan je?”

“memang aku tak makan lagi dari siang tadi. Nak masak pun aku dah tak larat ni. apatah lagi nak keluar. Perut aku ni dah macam ada mata blender dah kat dalam dia.”

“aduh, kau ni! kerja kuat sangat...”

“Ana, aku tak larat nak dengar kau membebel...”

“yelah-yelah! Sendiri yang cari penyakit. Tunggu aku balik!”

“hmm...”

Aku terus menamatkan panggilan. Nak ke mana lagi cik Ana oi. Aku nak bangun mandi pun tak larat.

Petang tadi lepas masuk ke dalam rumah, aku terus melompat atas sofa. Hasrat di hati, naklah berehat seminit dua. Tapi terus terlajak sampai ke malam. Air kelapa tadi pun masih cantik terletak di atas meja.

Penangan air kelapa Legolas tulah! Solat dah entah ke mana? Mujur aku tengah uzur. Kalau tak, dapat dosa kering aje!


“Kiki, bangun!!” terdengar suara nenek memanggil namaku.

“tak larat lah nek.. bagilah Kiki tidur lagi. kiki sakit perut ni...”

“HOI KIKI! Bangun. Aku ni. Nenek pula? Bila kau balik kampung?? Dah tahu perut tu ada gastrik, bukannya nak jaga makan!”

“hah.. mana.. mana??” aku terus bangun mengejut bila terdengar suara Ana.

“mana apa?”

“mana air kelapa aku?”

“ini, ada ni! aduh kau ni, air kelapa ni juga yang kau cari. Pergi basuh muka tu! dengan tudung pun tak buka lagi. make up pun tak bersihkan lagi, sedap aje dia tidur kat sofa ni. cepat! Nanti perut tu makin sakit!”

Aku tak tunggu lama, terus bangun dan automatik mengikut arahan Ana. Ana, kalau pasal kesihatan ni, memang garang gila! Doktorlah katakan. Sakit perut aku terus hilang bila dengar dia membebel.

“apa punya perempuan. Tu, nak kahwin tu tak lama lagi tu!”

Sempat juga aku dengar bebelan dia lagi ketika kakiku melangkah ke dapur. Kalau ye pun nak kutuk tu tak payah buat pengumuman. Ana ni!

“tadi aku singgah kat gerai Legolas. Ingat nak beli air kelapa, tapi dia cakap, kau dah beli! 1 bungkus dan 1 dalam cup! So aku pun tak jadilah nak beli,” kata Ana ketika kami sedang asyik menjamu selera.      

Lekat pula nama Legolas tu!

“ingat juga kau pada air kelapa aku tu ye?” balasku pada Ana. “Terharu pula aku. nahlah ambil sikit. Kau mesti penat nak bancuh air!”

Dia mencubit lenganku. Aku ketawa. saja mahu mengusik dia. tentu sahaja air kelapa nan sebiji ini aku kongsi bersamanya. Cuma, dia tu kalau selepas makan berat, mesti minum air suam. Akhirnya nanti aku juga yang habiskan air kelapa. Memang macam tulah setiap kalipun.

“Ana, aku belum cerita pada kau siapa calon daripada nenek aku tu,” aku membuka cerita itu pada Ana.

Baik aku ceritakan sekarang. Nanti pada dia juga aku nak luahkan apa-apa.

“Ya Allah, Kiki! Aku lupa nak tanya kau. aku sibuk sangat sampai terlupa. Sorry sangat-sangat!”

“aku faham! Yang kau gelabah sangat ni kenapa?”

“okay..okay.. so siapa laki tu?”

“dia ni muka memang Melayu habis. Tak ada klon dari siapa-siapa. Hensem tu, tak payah katalah! Perempuan macam kau tengok, mesti cair!”

“habis, kau tak cairlah?” Ana menyampuk, menyatakan ketidakpuasan hatinya. Aku menggeleng.

“hish, bagilah aku habis cerita dulu!” Aku menyambung cerita dengan mood yang sama. “Kalau dia senyum, tak tidur malam kau dibuatnya!”

“apasal aku juga?”

“shhh...!” aku sambung lagi, “siap ada lesung pipit lagi! kalau dia kenyit mata...”

“hish, dahlah tu! cakap je siapa? Bosan dah aku dengar. Puji melambung! Menyampah aku!”  kata Ana sebelum aku terus mengambarkan yang indah-indah.

“Riyatlah!” balasku mendatar.  Hilang semua nada teruja tadi.

Ana terlopong, “Mohd Syakir Hazriyat?”

“OMG! Kejap, bagi aku makan ni sampai habis dulu. Tak baik bercakap banyak masa makan ni. nak gelak pun susah. Nanti tercekik, tak ke naya!” Ana menyambung. Aku tahu, adalah tu yang dia nak soal siasat aku. Tak apa, aku tak hairan. Aku dah bersedia nak menepis apa sahaja hujah dia nanti!


bersambung...

Tuesday, October 16, 2012

vb dan dia..

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

boleh pulak hari ni ada 3 org budak kelas aku tiba2 missing.. ada yg ckp dorg dah balik...

kol sorg parent ni, maid dia angkat.. aku ckp melayu dia tak bape nk paham, aku speaking lagi la tak paham.. tp at last dpt gak contact num mak budak tu.. rupanya dah ada kt umah. dia datg amek tp x tulis dalam rekod keluar. xlama lepas tu, sorg lagi mak budak ni kol. ckp dia dah amek anak dia. aku xtaulah macam berjanji2 plak..xmolah pk yg bukan2...

disebabkan hal tu, aku tak sempat makan n lepas tu ada kelas smpai balik!

tiba2 teringat volleyball.aku xtaulah kenapa tapi vb asyik terbayang2 je di ruang mata. macam ex-bf plak.haha.. actually byk kenangan aku dgn vb. dr aku kt skolah menengah, matrik, um, sambest, sampailah skrg... vb means a lot to me..

once, vb is just like my everything! even, masa galak bercinta dulu (konon bercintalah), kalo p dating nih, mesti balik before pkul 5 at least! paling lmbat, 530 la..

sbb?
sbb nak main vb.. tak main sehari macam tak lengkap!

even hujan pkul 4, still berharap yag pukul 5 nt, hujan berenti. masa bulan puasa pun main. terlonjat sana. terlonjat sni..layan...

the worst part is..
aku pernah stop main vb for some reason that was very nonsense! then, come to the most awkward moment in my life there, where i left 'them' because of that.

menyesal gila time tu.. nasib baik sahabat2 aku ni memahami...  dan aku menangis kerana itu..

berkongsi satu rahsia.... aku pernah menangis macam apa je kt court sbb aku frust bercinta. hahaha!lawak gila kot.time tu xde org la. macam mana la vb ni tak penting untuk aku kan?

syok kat situ, sedih pun situ, frust pun situlah.. stress lagilah! spike je suka2 hati smpai lebam .hehe

okelah. ad sesi tutor malam ni...

adios~

kelapa muda vs dia 4

0 bunga-bunga cOmeL

Chap 4

Aku mencatatkan kem terbaru dalam kalendar besar di whiteboard dalam bilikku. Nampaknya cuti sekolah hujung tahun nanti, tak menang tangan. boleh dikatakan setiap minggu ada program. Itu belum lagi beberapa program yang di tangguhkan dahulu kerana jadual yang begitu padat.

Hmm.. bulan disember! Sekarang bulan februari. Nanti, puasa, raya, lepas tu kahwin! Argh! Bertenang... tarik nafas. Pagi-pagi macam ni mana nak cari air kelapa? Kedai pun tak buka lagi.

Pandanganku jatuh pada ibu jari kaki kanan. Kalaulah parang itu betul-betul mendarat pada kakiku, memang sampai bila-bila aku takkan maafkan Riyat!


“MACAM-mana keadaan Kiki nek?” aku terdengar suara cemas Riyat bertanya. Walaupun aku telah sedar, tapi sengaja aku buat-buat pengsan lagi. risau juga kau ya?

“tak payah risaulah! Bukan putus pun jari Kiki tu. luka sikit sahaja. Nasib-baik lagi. Kalau jatuh betul-betul atas kakinya macam mana?” nenek menyoal Riyat.

Dalam hati aku dah ketawa terbahak-bahak. Marah dia nek! Marah lagi! Terlupa pada kakiku yang sakit.

“habis yang dia sampai pengsan tadi kenapa?”

Alamak... janganlah nek!

NASIB baik masa tu, otak aku tiba-tiba berfungsi dengan cergas. Sebelum nenek sempat buka mulut dan menceritakan kelemahan aku yang satu itu, aku buat-buat terjaga dari pengsan. Nenek pun apa lagi, dia melurulah ke arah cucu kesayangan dia ni.

Fuh, selamat!

Tiba-tiba pintu bilikku diketuk.

“Cik Kiki, ini semua laporan program bulan lepas,” Emilia masuk sambil membawa beberapa fail yang perlu aku semak. Bertimbunlah kerja lagi nampaknya.

“Encik Ruzaidi ada dekat bilik tak Emilia?” soalku bertanyakan share partnerku itu.

“dia keluar jumpa client cik,” balas Emilia.

Aku mengangguk-angguk. Terlupa pula hari ni Ruzaidi keluar berjumpa dengan pengetua Rumah Kebajikan Bukit Cahaya.

“macam mana dengan temuduga nak cari PA dia? dah dapat ke?”

“belum lagi Cik Kiki. Dia sibuk sikit minggu ini.”

“kalau macam tu, nanti bila dia  dah balik sini, awak beritahu saya. Takut nanti saya tak sedar dia dah balik. ada benda yang saya nak bincangkan dengan dia.”

Gadis berbaju kurung moden, bertudung biru itu mengangguk lalu beredar. Tanpa berlengah lagi, aku terus memulakan kerjaku menyemak laporan-laporan yang baru tiba. Target aku hari ini: siapkan semua!


AKU pulang lewat petang itu. perut sudahpun berbunyi-bunyi kerana dari tengah hari tadi aku langsung tidak menjamah apa-apa. Hendak makan tengah hari, perut masih kenyang kerana aku bersarapan berat. Kemudian berchenta pula dengan fail-fail itu semua sampai terlupa nak makan.

Sekarang: LAPAR!

Ah, air kelapa!
pinjam pak encik...
Aku berhenti di tepi jalan. Gerai kecil milik Abang Khai segera aku dekati. Tak dapat makan, minum air kelapa pun jadilah. Kejap lagi aku berchenta pula dengan mangkuk dan kuali di dapur.

“berapa biji nak Kiki?” soal Abang Khai bila aku menghampirinya. Walaupun tangannya ligat membungkus air untuk kanak-kanak yang sedang menunggu, sempat juga dia menyoalku.

“sebiji jelah bang.”

Aku lihat dia mengangguk.

 “eh, lepas tu tambah satu cup,” sambungku lagi. boleh minum terus.

5 minit menunggu, aku sudahpun kembali memandu. Serius, muka abang khai tu hensem macam Legolas. Cuma si Orlando Bloom tu tentu-tentulah lagi cerah berbanding abang khai. Kenapa dia tak try jadi model ke? pelakon ke?

Pernah juga aku dan Ana bertanya, tapi yang dijawabnya, dia tak suka jadi artis. Aku dan Ana terus diam. Agak yakin juga jawapan abang khai tu. tapi, serius! Dia memang hensem. Kalau aku tak tahu dia tu penjual air kelapa, entah-entah aku dah jatuh hati dengan dia. bukanlah aku nak pandang rendah pada dia, but yes! Aku tentulah nak mencari lelaki yang dapat memberi jaminan masa depan.

Tapi pokok pangkalnya, aku hanya jatuh hati pada raut wajah dia  yang hensem tu. cinta tak boleh dipaksa kan? Kalau dah aku terjatuh cinta dengan dia, tak kisah lah dia penjual air kelapa sekalipun. Masalahnya... tak!

Hmm... daripada mencuba dengan Riyat, baik aku cuba dengan dia?

Tapi... nenek bagi masa pada aku 30 hari je. Sekarang dah 7 hari selepas 30 hari. Invalid!

Ahhh.... merepek!

Air kelapa di dalam cup terus aku sedut rakus. Tenanglah diri...


bersambung....

Monday, October 15, 2012

skodeng court 1

0 bunga-bunga cOmeL

assalamualaikum...

hr ni aku rsa macam dah kembali normal je.hehe..

dr pagi planning, nk maen vb dkt hospital bersalin kt sebelah skolah aku ni. memang dah nekad dah ni.biasa la demi vb, muka x malu macam biasa. macam zaman kanak-kanak dlu jugak.haha bukan apa, hari tu ak ada nmpk dorg men situ. walaupun lantai simen, kasar macam kat court varsiti (aku nmpak dr jauh la) but still okelah.jnji dpt men.

tp masa balik skul td, kak sab xde plak kt ofis. nk tya dia dlu ada x sapa2 maen kt court tu. sbb tiap2 ptg dia lalu situ nk blik rumah. karang, aku penat2 jalan, xde sape plk.. hampa sudah.. nk kena tanya jugak the shortest way.hehe

makanya.... tertngguh niat aku yng suci murni tu. hehehe.. (alasan!) sama je macam aku mula2 nk p jog kt stadium kt subang dulu..plan sket punya lama. perginya tak pun! come on tina!haha but at last, sepnjang setahun lebih kat sana, ad lah 3 4 kali pergi..

hmm.. mungkin esok!hehe




atau...

bila-bila...

assalam..
CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...