Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Tuesday, October 23, 2012

pbs...pbs

0 bunga-bunga cOmeL

bangun tidur

-PBS-

p skolah

-PBS-

tgh hari

-PBS-

petang

-masih PBS-

malam
-PBS lagi-

skrg dah unavailable.. so aku malas dah nk key in. tak mesra pengguna.huuu~

and untuk pengetahuan korang yang tak tau, PBS adalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang mula dijalankan tahun ini untuk pelajar tingkatan 1 yang mana PMR mereka nanti dah tiada.

key in di sistem tamat pada november, tp skolah aku due hari ni..

-tak menang tangan-

p/s: sbb tu lah fb aku bersepah-sepah dengan status PBS.
sekian harap maklum..

oh. Selamat hari raya aidiladha... esok cuti! yeay!

Sunday, October 21, 2012

lalala~

0 bunga-bunga cOmeL

-mode senyum sampai ke telinga..-

and
tak sabar nk balik rumah!

-bukit tabur east, 2011-

Thursday, October 18, 2012

kelapa muda vs dia 7

0 bunga-bunga cOmeL


Chap 7

Biskut kering bersama air teh o panas di atas meja, aku pandang lama. Air itu masih lagi berasap nipis.

Hai.... biskut kering pun biskut keringlah! Dah itu sahaja yang ada.

Minggu lepas, bukan main lagi aku mengutuk Si Ana bila dia bawa balik sebungkus biskut kering Hup Seng! Punyalah banyak makanan yang dia boleh beli kat pasaraya tu, biskut kering saja yang dibelinya.

Kata Ana, biskut ini untuk kecemasan. sebab mana tahu tiba-tiba satu hari, stok makanan kami habis dan masing-masing terlupa nak beli. Kalau lapar tengah malam macam-mana?

Betul juga! Macam sekarang. bila benda lain dah tak ada, biskut kering pun jadilah...

Fikiranku sempat lagi mengimbau kembali kejadian dalam feri semasa pulang dari Pulau Redang dua minggu lepas.


“KALAU kau berani, aku cabar kau kahwin dengan aku!!” jerit Riyat ketika kami sama-sama menikmati pandangan dari atas feri. bukan sama-sama sebenarnya. Dia yang mengekoriku selepas aku bangun meninggalkan tempat dudukku.

amboi...amboii... dia main cabar-cabar pulak! 

Aku memandang kiri dan kanan, mengharapkan agar tiada sesiapapun yang mendengarnya saat itu. memang benar, masing-masing sibuk bergambar dan berborak antara satu sama lain. semua yang bercakap pun menggunakan suara yang kuat kerana perlu melawan bunyi feri yang sangat kuat.

“agaknya, kau ni dah gila kot!”

Dia ingat kahwin ni benda boleh buat main ke? 

“aku serius Kirana,” balasnya. Matanya memandangku tepat. Untuk beberapa saat, aku melawan pandang dengannya kemudian aku meninggalkan dia untuk kembali ke tempat duduk kami. Nanti siapa yang nak jawab kalau tiba-tiba aku terjun dari feri ni?

Mujur tempat aku memang di tepi sekali dan bahagian belakang. Jadi bila aku rasa nak muntah tengok si Riyat, aku boleh pandang ke laut sambil melayan perasaan.

Hmm.. mana pula aku letak asam ni? aku menunduk mencari asam di dalam beg yang diletakkan di bawah.

“argh!” jerit Riyat bila mukanya terkena siku aku ketika aku bangun.

Fuh....kuss semangat!

Bila si riyat ni datang duduk sebelah aku??? Terkejut aku dibuatnya. Tadi tak nampak macam dia nak kejar aku pun.

“aku serius, Kirana!” katanya.

Ya, aku tahu! pertama, wajah seriusnya itu. kedua, sebab dia menyebut nama betulku. Ketiga, dia dah ulang 2 kali! Takkan dia nak main-mainkan?

“kenapa kau nak cabar aku kahwin dengan kau? Sedangkan kau pun tahu, aku takkan bantah cakap nenek! Apa motif cabaran kau tu Riyat? Kalau aku ni tak berdikari macam kau mahu, aku jadi jandalah?” soalku sinis.

“kau memang tak bantah cakap nenek, tapi aku tahu kau cuba lengahkan permintaan nenek kan?”

“kenapa kau nak kahwin dengan aku, Riyat? Aku ni dah memenuhi kriteria perempuan yang kau nak ke, hah?”

Dulu, dia yang beria tinggalkan aku. Aku manja sangatlah, tidak berdikari, dan terlalu bergantung pada dia! Bengang betullah aku dengan si Riyat ni tau. Dahlah comfort food aku ni mana ada kat tengah-tengah laut macam sekarang!

“usia mematangkan kita semua kiki. Masa dulu, kau dan aku masih muda.”

Itu jawapan dari dia.

“kau ingat perkahwinan ni satu eksperimen ke? aku mahukan perkahwinan yang berkekalan Riyat. Bukan separuh jalan.”

“percayalah cakap aku Kiki. Aku pun mahukan perkara yang sama. Aku cintakan kau Kiki.”


“MAKKKKK!!”

Aku mengurut dada. Terkejut beruk aku bila tiba-tiba ada saja Ana sedang duduk bertinggung mengadap aku  ketika aku mahu mencapai biskut.dahlah dengan bedak sejuk penuh di muka. Ya allah, lama-lama boleh tertanggal jantung aku kalau terkejut macam ni selalu!

“kau yang termenung jauh sangat. Aku datang sini pun kau tak sedar,” kata Ana.

“banyaklah kau! Cubalah panggil nama aku ke, bagi salam ke. ini tak, duduk kat bawah tu sambil merenung aku. Mahunya aku tak menjerit! Hantu tepung gomak manalah yang dok tenung aku!” marahku pada Ana.

Dia tersengih.

“kau bancuh air apa ni? nak sikit!” dia terus meneguk air teh o aku.

“eh, biskut cap hup seng ni pun ada!” sambungnya lagi sambil mencapai sekeping biskut lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

“dah biskut tu je yang ada...”

“aku tahu!” balasnya lalu ketawa.

“hoi, dah malam-malam ni. jangan mengilai boleh tak?”

“ala...”

“dahlah, kau duduk situ, makan sorang-sorang. Aku nak naik tidur. Nampak muka kau terus rasa mengantuk. Nanti jangan lupa basuh mug tu!” kataku sebelum mengangkat punggung dan berlalu dari situ.

“Ana... sekarang pukul 2.55. jangan lupa paranormal activity pukul 3pagi!” jeritku sebelum menutup pintu bilik.

“KIKI!!!!!”

Aku ketawa dalam bilik. Seronok menyakat Ana yang agak penakut tu!

bersambung....

Wednesday, October 17, 2012

bola oh bola...

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

hehe..akhirnya setelah lebih setengah tahun dpt juga main vb!!!

sakit kot tgn. pedih pelik. xtau sbb bola tu atau sbb dah lama tak main (tapi bola tu mmg x bape nak best pun).. kalau macm nilah, xlama lagi ada bola guli la dlm bilik aku.. nak blik cri la weekend ni!hahaha

semangat!!

always...hahaha..

yup.. ada bola sendiri  dan team sendiri mmg impian aku dr dlu! hehehe

harap2 dah menetap kat sni, adalah geng nk lepaking macam dlu.. dpt yg men vb, lagi chanteq....

hehe

p/s: sy akan menyahut cabaran encik rp. harap2 on...
sedang berusaha kot..

kelapa muda vs dia 6

0 bunga-bunga cOmeL

CHAP 6

Aku memandang jauh ke tengah laut. Tak pasal-pasal dengan aku sekali terdampar kat sini. Nak eratkan sillaturrahimlah konon. Erat apanya, aku ditinggalkan terkontang-kanting kat sini, sedangkan dia enjoy dengan kawan-kawan dia. macam manalah nenek boleh benarkan aku ikut si Riyat ni datang bercuti dengan kawan-kawan dia.

masalahnya, kawan-kawannya semua datang berpasangan dan yang paling peting SUDAH BERKAHWIN! Aku dengan dia ni? dah tu bukan senang nak buat kawan. Yang isteri-isteri semua nak berkepit dengan suami. Habis, aku ni?  takkan nak berkepit dengan Riyat? hish... tak berkenan betul aku!

Eh, kenapa aku rasa macam kaki dah tak jejak pasir ni?

Dan saat itu barulah aku sedar! Aku dah kat tengah laut! Mulalah cemas tak tentu pasal. Nenek, tolong!!

Air laut dah tak tahu berapa gelen aku telan.  Sedar-sedar aje, aku rasa macam ada tangan yang sedang memaut aku. Riyat! Dalam kekalutan itu, sempat juga aku menepis-nepis  tubuh Riyat. Tidak sudi disentuhnya. Tahu-tahu aje, aku rasa pedih kat pipi dan kemudian semuanya jadi kelam.


“KIKI bangun kiki. Jangan takutkan aku macam ni!”


Suara itu kedengaran lagi. aku kat mana ni? kenapa gelap sahaja? Aku dah mati lemas ke?

“kirana, jangan buat macam ni kat aku...”

Terasa macam pipiku ditampar-tampar. Nak marah, suaraku tak terkeluar. tiba-tiba ada satu rasa membuak-buak di dalam dada aku.

Uhuk...uhuk!!!

Bila aku buka mata, Riyat sedang berada ditepi aku. Begitu dekat dengan wajahku.  

Dia nak buat CPR ke ni? tanpa menunggu lama, aku terus menolak tubuhnya sekuat hati!

Aku muntah lagi, mengeluarkan air laut yang banyak tertelan tadi. Orang-orang yang mengerumuni aku sudah mula beredar.

“kenapa dengan kau ni hah?” Riyat memarahi aku bila hanya tinggal kami berdua sahaja di situ. dia terduduk keletihan di sebelahku. Wajahnya garang. Ini pertama kali aku takut mahu melawan pandang dengannya.

“kalau kau mati lemas, aku nak jawab apa pada nenek? Kau ingat, aku nak sangat kau ada kat sini?”

Aku diam lagi. tidak terlintas di hatiku mahu bergaduh dengannya kerana aku tahu, ia memang salah aku.

“Kiki! Aku tanya ni! kau ni memang degil kan? dah tahu tak reti berenang, yang pergi sampai ke tengah laut tu kenapa? Suka sangat menyusahkan orang!Mak bapak kau tak ajar ke!”

“RIYAT!!”

Saat itu, mataku sudah bergenang. Riyat terus diam membisu, mungkin sudah menyedari yang dia telah terlepas cakap.

  “aku nak ingatkan kau kalau kau dah lupa: mak bapak aku dah mati masa aku belum sempat kenal ABC lagi! kau boleh kutuk aku apa sahaja selain mereka!” jelasku tegas. Bergetar suaraku menahan marah.

Bila merasakan yang aku sudah mampu berdiri sendiri, tanpa menunggu lama aku terus meninggalkan RIyat. Aku berlari pulang ke chalet. Beg pakaian, aku kemas segera. Tidak guna lagi aku berada di sini, apatah lagi dia sendiri tidak mahu aku ada.

Air mata yang mengalir laju, aku biarkan sahaja.

“Kiki, bukak pintu ni!” aku terdengar jeritan RIyat dari balik pintu. Pintu itu aku pandang sekilas sebelum kembali meneruskan kerjaku. Air mata, aku kesat kasar. dekat mana tisu entah! Masa-masa ni jugalah dia nak main aci sembunyi dengan aku.

“Kiki, aku minta maaf!”

Ungkapan itu membuatkan tanganku berhenti berkemas. Ungkapan maaf pertama dari Riyat selama kami kenal!

“kau nak ke mana kiki?” soal Riyat kalut bila aku membuka pintu bersama beg pakaian yang sudah siap dikemas.

“aku nak balik!” itu jawapan aku. Memang aku nak balik pun. pertama, pulang ke rumah nenek kerana keretaku ada di sana. Kedua, terus balik KL selepas itu!

“kita balik sama-sama.”

“tak payah. Aku balik sendiri. Kau tak payah risau pasal aku. Aku tak nak menyusahkan kau, aku tak nak juga berada kat sini.”

“Kiki, please...”

“NO! Aku memang tak tahu berenang. Tapi aku rasa black belt aku akan berguna kalau orang kacau aku. So please, excuse me!”

Tangannya yang menghalang laluan aku, aku tepis sekuat hati. Hampir terjatuh dia. lantaklah, aku peduli apa!

Kebetulan shuttle van datang tepat pada waktunya. Aku terus meloloskan diri ke dalam van itu.

“kejap ye cik, ada olang suruh saya tunggu!”

Aduh, apa lagi apek ni! tunggu orang pula. buatnya si Riyat tu datang tarik aku, macam mana?

Seperti yang aku sangka-sangka wajah Riyat menjengah di cermin tingkap van itu. dia menarik pintu dari luar, aku pula menahannya dari dalam.

“aiya adik manis! Dia pun pelanggan saya. Jangan ini macamlah!” teguran dari apek itu membuatkan tindakanku terhenti.

“aku tak nak turun,” kataku bila Riyat membuka pintu van.

“siapa suruh kau turun. Aku nak naik. Nak ikut kau balik!” jawab Riyat.

“amoi, laki manyak hensem macam dia pujuk sama lu, takkan lu mau marah lagi. kasi canlah!” sampuk apek itu lagi sebelum dia meneruskan perjalanan ke jeti. Kemudian dia tersengih.

Apek ni, tadi bukan main lagi dia bersopan denganku. Siap bercik-cik. Sekarang amoi-lu pula.

“dia datang bulanlah tauke! Sebab tu marah semacam!” balas Riyat lalu ketawa.

Aku menjeling Riyat di sebelahku. Langsung tidak rasa bersalah. Boleh pula dia bergurau-senda dengan apek van ni. entah apa mereka berdua berborak selepas itu, aku sudah tidak ambil pusing. Lantak engkaulah Riyat!

bersambung...
CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...