Chap 3
“Neya, kalau aku cakap spike aku lagi kencang, kau setuju tak?”
“tak! Spike akulah lagi kencang!” balas neya lalu ketawa. teman-teman mereka yang masih bermain di dalam gelanggang dipandang sekali-sekala.
“kenapa kau susah sangat nak mengaku?” soal Amat lagi. dia juga ketawa. botol yang sedang ditegur oleh Neya, dirampasnya.
“Amat!! aku tengah minum kan???” Neya mengecilkan matanya, marah.
“kau tahu tak kau comel bila buat macam tu?”
Wajah Neya terasa panas tiba-tiba. Gila ke apa Amat ni!
“neya...”
“apa dia?”
“kalau aku cakap...”
“yelah, suka hati kaulah. Spike kau lagi kencang!”
“hei, bukan tulah!
“dah tu?”
“itulah menyampuk lagi. aku nak cakap...”
Amat berhenti di situ. perlu ke tak? Perlu ke tak?
“cepatlah cakap. Team Haikal dah kalah tu, aku nak masuk pula.”
“hmmm.. aku suka kau!”
Senafas, Amat melafazkannya. Neya terdiam. Kelu dan kaku!
Amat, kita putus.
Mesej ringkas itu terus dihantar ke nombor Amat sebaik sahaja dia meloloskan diri ke dalam kereta Aqil. Aqil pula seolah-olah faham apa yang baru dilalui Neya. dia langsung tidak bertanya apa-apa melainkan tempat yang mahu Neya tujui.
“NAH, ice lemon tea,” hulur Aqil pada Neya yang nampaknya sedang termenung jauh. Masa dia tanya Neya mahu ke mana, neya hanya membalas gelanggang bola tampar varsiti.
Air mata dikesat cepat.












