Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Sunday, August 7, 2011

special untuk cerimanis dan princess ain!

3 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..

buat yang mengikuti siri 'jogging',(ecece mcm ramai je) terutamanya princess ain dan cik cerimanis, ada beberapa siri baru yang dah dijadualkan untuk korg! nantikan okey.. *-*

hehe..terima kasih kerana menyokong siri 'jogging'. ringan-ringankanlah jari tu mengomen ye.. semoga komen korg tu memberi inspirasi untuk aku terus mencuit hati korg..hee

salam sayang, atieput3.

p/s: slmt berpuasa!;)




jogging #12

0 bunga-bunga cOmeL
Jogging day 12

Aku duduk termenung di kerusi panjang setelah penat berjogging. Semalam mama bising lagi. Tak habis-habis hal yang sama.

Kahwin..kahwin..kahwin..

Dah tak ada benda lain agaknya. Umur aku bukannya tua sangat pun. Baru 26 tahun. Abang tu, dah 32 tahun tapi masih single, tak ada pula mama bising.

Ini abanglah punya pasal ini. tak reti-reti nak settle down. Girlfriend keliling pinggang. Tak dapat menantu dari abang, aku yang mama bisingkan.

“hah!apa yang membebel-bebel tu!”

Aku mengurut dada. Terasa jantung aku berlari meninggalkan aku. Terkejut betul!

“apa sergah-sergah orang ni? dah tak reti nak bagi salam ke? kalau ada sakit jantung, dah lama K.O tau!” aku memarahinya. Siapa lagi! Tentulah lelaki yang sama yang selalu mengganggu aku.

“sorry..sorry. saya tak sengaja. Suka tengok awak terkumat-kamit macam tu. comel!” katanya. Aku yang mendengar perkataan terakhir itu, mengerutkan dahi. Ada-ada sahaja.

“tak ada maknanya. Okaylah. Saya nak balik,” kataku lalu bangun mahu meninggalkan dia.

Spontan, dia menarik tanganku membuatkan aku terjatuh di ribaannya.

Untuk beberapa saat, kami saling berpandangan.

Memang hensem! Kening lebat, hidung macam mancung sikit, bulu mata panjang, muka licin tak ada jerawat dan yang paling penting, dagu belah tu! tapi asap kepul-kepul! Ok, out of list!

“hensem tak saya?” dia menegurku lalu tersengih.

Aku yang baru tersedar bingkas bangun lalu terus meninggalkan dia.

Dah dua kali malu!argh!

Saturday, August 6, 2011

dia buat 20. kita???

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..


beberapa hari menyepi, rindu jugak kt blog ni.huhu


kali ni aku nk kongsi pengalaman aku ttg seorang sahabat aku.. 


haa...alkisahnya  ttg terawih 8 atau 20 rakaat.. aku rasa menarik, mana tau boleh encourage korg wt 20 rakaat ke.hehe


beliau ni seorang yang aktif. bersukan. panjat sana, panjat sini...


bile masuk ramadhan, dia cakap dia sikit resah gelisah... mampukah dia tunaikan  solat terawih 20 rakaat.. segala yg negatif2 mulalah kuar dlm minda..


penatlah.
lamalah..


dah entah apa-apa lagi...


malam pertama tarawih, hatinya semakin berdebar2...


dia ke surau (sbb paling dekat dgn rumah) bersama mak dengan ayahnya untuk tarawih.. dalam hati msih lagi menimbang-nimbang...


8 atau 20?8 atau 20?8 atau 20?


bila sampai ke surau, dia lihat kebanyakan jemaah sume dah boleh masuk katogeri warga emas.. nak bangun pun kena tolak lutut dulu kemudian baru pinggang ke atas..


maka sahabat aku ni pun memulakan solat...


setelah selesai rakaat yang ke 8, dia lihat tiada seorang pun jemaah yang bangun.. hatta pakcik-pakcik warga emas tadi... hatta mak ng ayah dia sekalipun (yg sudah berusia 50-an)




dan andai saat itu, dia (seorang yang masih muda, masih kuat, aktif, tak ada sakit2 badan)keluar saf, dia terasa sgt MALU sedangkan pak cik2 yang dah berumur tu pun mantain aje!




dan akhirnya... dia meneruskan solat tarawih sehingga 20 rakaat + 3 witir..


 lepas je selesai solat malam tu dia tersenyum...


korg nak tau dia cakap apa???


alaa.... tarawih 20 rakaat apa ada hal?? bukannya sesemput panjat gunung kinabalu!


dia cakap lg, mula2 tu mmglah terasa jugak 23 rakaat.lepas2 tu rasa kejap je... tup tup, dah makan moreh.hehehe


kita pulak macam mana?? ;p


salam ramadhan!




p/s:mula2 tu mungkin la kena paksa diri. walaupun setan tu kena ikat tapi dalam diri kita masih ada nafsu.. lama-lama allah pasti mudahkan kita.. sbb allah kata, selangkah kita mendekatinya, seribu langkah allah kepada kita... tak percaya?? cubalah!;p

Tuesday, August 2, 2011

jogging #11

3 bunga-bunga cOmeL
Jogging day 11

Eh, itu macam mamat hisap rokok tu je! Aku terus bersembunyi di sebalik pokok di taman permainan itu.

Siapa pulak yang hantar dia balik?? Mana kereta coklat dia tu?

Tiba-tiba aku ternampak ada seorang perempuan keluar dari Honda jazz berwarna merah itu.

Dalam tak sedar, rupa-rupanya, aku terasa sesuatu. Kecewakah aku?

Aku duduk di kerusi panjang. Mulalah terasa nak layan blues... ini malas ni.huh!

MP4 ni pun! Masa-masa ni juga, dia play lagu jiwang.argh... stress!

“assalamualaikum!”

Aku mendongak ke arah suara yang kedengaran perlahan ditelingaku.

“Aduh!” dia mengaduh. Apa tidaknya. Aku tiba-tiba terus terpacak berdiri sehingga kepalaku terhantuk di dagunya.

“sakit ke?” aku menyoal sambil mengusap-usap kepalaku.

“sikit... boleh duduk sini?” dia menyoal.

“duduklah. Saya dah nak balik,” balasku pula. Tidak mahu berlamaan disitu dengannya.

“nantilah...”

“err.. mak saya panggil balik,” balasku lalu meninggalkan dirinya.


bersambung...

Monday, August 1, 2011

salam ramadhan!

1 bunga-bunga cOmeL




semoga ramadhan kali memberi makna yang besar untuk kita semua..

salam kemaafan dr sy..
selamat menyambut ramadhan...

;)

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...