Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Monday, November 22, 2010

kerja-kerja pembersihan..

2 bunga-bunga cOmeL
salam


yeay! akan kembali bergiat aktif tidak lama lagi.hihi...


skrg hanya nak buat kerja2 pembersihan. cukup terseksa bila bl0g sendiri lambat l0ading sbb byk widget.(ni baru sket) dan tak mampu nk jalan2  pada sesetengah blog jugak yang mempunyai byk aplikasi dan widgets..huu... mungkin k0rg (kalau k0rg rasa byk sgt mende dlm blog korg) pun patut sama buat kerja-kerja pembersihan ni.. bukan ape, supaya pembaca senang nk ke blog korg.. yela, kdg2 internet kite laju, bile internet hampeh,hai..rasa cam nk sumpah seranah je...


0k. enough pasal tu. skrg aku dah balik um. menghabiskan sisa usia kt sini..ade 3 paper yg ke-penghabisan. doakan aku, kawan2... =)





Friday, November 19, 2010

salam aidiladha

2 bunga-bunga cOmeL
sekali dalam sepuluh kali..

salam...

selamat hari raya aidiladha! =)

masih di kampung, kebetulan guna abangda punya bb. ..

thanx pada sume blogwalkers sbb sudi dtg sni..MyEm0.Com skrg xdapek nk bw, sbb internet yg agak slow...

ok. gtg..

salam

Thursday, November 11, 2010

rahsia sujud dalam solat

0 bunga-bunga cOmeL
 Sujud lega sistem pernafasan 

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 

- meringankan bahagian pelvis. 

- memberi dorongan supaya mudah tidur. 

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 

- mengurangkan kegemukan. 

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. 


nota ditangan: prof wan (aku xingat nama penuh), engineering fac,UM pernah buat kajian dengan team die pasal solat, salah satunya ttg sjud..memag sujud banyak manfaatnya.. even orang dari barat juga mengakuinya.. 

jadi..marilah menunaikan solat dan menghayati bacaan di dalamnya...(mengingatkan dri aku dan kawan2 semua. =) )

Sunday, November 7, 2010

new baby boy!

0 bunga-bunga cOmeL
salam!!!

rindu punya pasal, sanggup aku pg cc ni tau.hhaa.. btw, thanx for visiting my blog.. sebenarnye aku kt kampung.. so xdapek la nk on9 sll cm kat kolej..tp jgn risau, aku akn blas bw korg slagi termampu.(ni pun tgh bw ok. =p) hihi..n  thanx jugak sebab sudi klik2 nuffies aku tu..eh..lg 1. internet ni cm lambat sket r..pastu nk load tu bukan maen lg .. kalau lmbat sgt, aku x tgl jejak..aku  up traffix korg je.. =p


n lagi satu, rindu nak men vb.sob..sob.. (tula!hari tu time kt kolej xnk turun,.padan muka!)

ok.dah2... hihi

so the greatest news for this time is.... keluarga aku dah bertambah lagi sorg ahli.. smalam, kakak aku baru je slamat melahirkan babyboy yg ofcoslah comel kan.. hai... ade kawan la si aiman tu nanti...tp sampai skrg, aku pun xdpt tgk lg kecomelan anak sedara aku tu.. harapkan tgk gmbar je..


okla..pasni nk jalan2 plak.. smpai ptg ok. mati den.huuu~

have a nice day .. =)




Saturday, November 6, 2010

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

0 bunga-bunga cOmeL
aku rasa korg mesti pernah tgk ni dulu kan??
gmabr ni muqadimah je...hihi

LELAKI

 
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. 

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat) 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 


WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? 

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan 
anak-anak. 

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya , 
2. isterinya , 
3.anak perempuannya , dan 
4. saudara perempuannya. 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 
2. ayahnya, 
3. anak lelakinya dan 
4. saudara lelakinya . 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan 
3. taat suaminya dan 
4. menjaga kehormatannya . 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... 

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi 
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) 

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri " 



credit:tokwan


boleh share. dont worry!=p


nota di tangan:next entry will be touch on hikmah sujud

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...