Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Friday, March 30, 2012

angan-anganan!

0 bunga-bunga cOmeL
teringat pada kawan aku yang ajak keluar sampai sempat lagi mengelamun di pagi2 hari.

kalau aku macam spiderman okay jugak. nak pg KL central senang sikit. jalan sampai ke bus stop kt depan shell tu lepas  zaappp zaapp zappp bergayut dr bagunan ke bagunan smpailah ke KL central. tp kalau org nampak macam mana? boleh tahan jauh gak tu kalau nk buat aksi mcm encik spidy! tak boleh jadi ni. mau lenguh tangan. tukar jadi superman la.senang sikit. terbang, terus sampai ke KL central.jangan smpai terlanggar kapal terbang air asia sudah!


hah! ade gaya tak? agak2 boleh sampai Kl central x??


Oi!! amende merepek nih!!!

itulah senarionya yang terjadi pagi tadi.

ada org ckap, hidup ni kena ada angan2 supaya kita berusaha untuk capai angan2 kita tu. TAPI kalau dah berangan melampau macam yang tersebut, memang useless lah.. ade ke berangan nak jadi macam spiderman. nonsense! not exist!

lainlah kalau berangan naik kete besar, duduk rumah mewah, keje hebat (contohlah), so nak sume tu kenalah belajar sungguh2, keje sungguh2.. tak mustahil cuma kena usaha! itulah bagusnya angan2 ni.. 

just janganlah tenggelam dalam angan2 sendiri... kan?

adios!

Thursday, March 29, 2012

picnic at titi hayun

0 bunga-bunga cOmeL
as salam..
 2 hari lepas birthday aku tahun ni, kawan2 aku ajak berpicnic.. kmpul2, adalah dalam 6 orang. jadilah kan..
tapi makanan macam 20 org nak makan. bihun, makaroni, sandwish, puding, rojak.. mmg makan jelah hari tu..
nama pun picnic kan.

tengah2 sedap mandi tu, tiba2 kawan aku dtg bawa kek!
wah surprise habis!! sebab dia mmg ckp nk celebrate tapi aku tak bajetlah ada kek segala.
nih touching ni!



ni lepas berendam sakan. siap2 nak balik..




thanx for that great picnic girls!!!

Wednesday, March 28, 2012

menghadapi kegagalan

2 bunga-bunga cOmeL
"kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, ALLAH berikan kita hujan yang lebat, langit yang gelap, kilat sabung-menyabung dan mungkin jua banjir yang dahsyat sampaikan kita tertanya-tanya, ke manakah perginya matahari kita? rupa-rupanya ALLAH berikan kita pelangi yang sangat cantik."

assalamualaikum..

aku tak kisah berapa kali pun aku akan ulang ayat ni tapi ia sangat berguna terutamanya bila menghadapi kegagalan, kekecewaan..
entah sape2 nih. tak pasal2 jd model dlm entry ni.hehe

memang! mengadapi kegagalan, kekecewaan adalah satu perkara yang sukar. nak terima apatah lagi kan. orang lain boleh cakap apa sahaja untuk tenangkan hati kita tapi terpulang pada kita sama ada mahu melepaskannya ataupun tidak. dont ever mention the word 'if' because the sentence right after that might hurt u even worst!

have faith in Allah. HE knows the very best for us, cos the best thing that we really hope for might not be the best thing for us.

REDHA. dalam erti kata: 'ALLAH telah tetapkan sebegini untukku maka, tentulah ini yang terbaik untukku'

p/s: mode baru lepas frust..tp skrg da ok . ;)

Saturday, March 24, 2012

tahniah!!

0 bunga-bunga cOmeL
as salam..


rasanya, laptop aku ni pun problem jugak kot. hard disk ni bila guna cucuk kt pc/ laptop baru, elok plak dia. nak cucuk kt lptop aku yg agak uzur tu, bukan maen susah lagi.memilih betul(macam tuan dia jugak)....


hi readers!!  good to write here again. cewah... padahal dah berkali-kali dah bukak new post, tapi termenung je ngadap skrin. ceh..


FYI,aku dah tukar shoutbox aku. sbbnye aku dah bosan ng shoutbox aku yg sebelum ni. byk betul spams!!! tensen tau. huhu.. tp aku mcm tak berkenan sgt ng yellbox ni..die takde column url, so korg kena letak url korg kt message, so that, dptlah aku membalas kunjungan korg nt.

thanx pada sume pembaca blog aku dan yg paling tepat sekali pembaca cerita-cerita yang aku publish kt sni.thanx pd sume pengomen2...love u all lah.


lepas ni, aku ada beberapa lagi cerita untuk korg.. harap2 korg suka. hehe

last but not least: TAHNIAH pada semua anak2 murid yg baru je dpt result spm. bila tya, sume skor 10a, 11a.. hish ,macam senang je nk dpt tu kan. hahaha...(yes, i know! u all deserved that!) pada yg kurg bernasib baik, spm ni bukan penghujungnya.. this is just beginning. jgn putus asa. there's must be something that will suit u very well.just keep searching that..


p/s: akhir2 ni asyik tgk no cntik2 je.. 11.11, 03.03. 4.44,  marinata ckp ada org rindu. betul ke?haha

Sunday, March 4, 2012

good night sayang 2! end

8 bunga-bunga cOmeL
Good nite sayang 2 special

Luthfi terkejut bila tiba-tiba seorang gadis duduk disebelahnya. Dari tepi dia memerhati gadis itu. matanya sembab macam tak cukup tidur tapi mungkin juga gadis itu menangis.

‘sayang, I dah dekat hentian duta. Masih sempat lagi kalau u nak datang . I’ll wait for you... pls come sayang.’

Sempat pula dia mencuri-curi baca sms yang dihantar gadis itu. oh, bergaduh dengan boyfriend kot! Detik hati Luthfi. pergerakan gadis itu masih menjadi perhatiannya. Cantik dan nampak manis bertudung begitu. 

Tiba-tiba ada seorang perempuan di sebelah gadis itu bangun diikuti dengan lelaki yang kelihatan seperti memujuknya. Luthfi lihat gadis itu memandang pasangan tadi tidak berkelip dengan dahi yang berkerut. Hai, semua orang ada masalah dengan pasangan masing-masing kot?

Gadis itu mengeluh. Luthfi menyembunyikan senyumannya. Jeleslah tu, yang ditunggu tak datang!

Setengah jam berlalu, akhirnya bas tiba. Sebaik sahaja tamat pengumuman Luthfi bangun dan menggalas backpacknya. Gadis disebelahnya juga begitu. Luthfi semakin teruja. Adakah ini mungkin kebetulan yang baik?

Gadis itu dibontotinya. Besar harapannya seandainya gadis itu menaiki bas yang sama.

Yes!!!

Saturday, March 3, 2012

good night sayang 2! part 10

2 bunga-bunga cOmeL
Chap 10

SEMUANYA berlaku sekelip mata. Emak dan abah pergi menghadap Illahi di saat aku tidak bersedia. Sekelip mata jua aku menjadi isteri kepada lelaki yang telah meranapkan kepercayaanku kepadanya.

Masih segar diingatanku tentang permintaan abah ketika dia sedar untuk 30 minit yang terakhir. Semua yang terjadi terlalu pantas dengan setiap kebetulan yang tidak dirancang.

“abah nak tengok kau nikah dengan Luthfi sebelum abah pejam mata,” kata abah dengan suara yang tenggelam timbul. Alat pernafasan diletakkan seula ke hidungnya.

Aku mengangguk-angguk. Tidak lama lagi abah.

“abah dapat rasakan masa abah tak lama. Abah akan pergi menemani emak,” ujar abah lagi.

“abah jangan cakap macam tu,” pujukku. Air mata aku tahan daripada mengalir. Aku mahu abah tengok aku sebagai seorang anak yang tabah.

“Luthfi, sudikah kamu nikah dengan anak pakcik sekarang?”

Permintaan abah mengejutkan aku. Kalaulah abah tahu apa yang berlaku antara aku dan dia?

Aku lihat Luthfi hanya mengangguk.

“saya janji akan jaga nurin macam saya jaga nyawa saya sendiri,” kata Luthfi sambil menggengam erat tangan abah.

Ya Allah apakah ertinya semua ini???

Ayah Julia yang menguruskan semuanya. Aku yang kebingungan hanya mampu menemani abah di sisinya. Seperti yang aku katakan, kebetulan yang tidak dirancang. Semuanya berjalan dengan lancar. Suami dan ayah Julia, Pak Cik Kamal jiran kami yang menghantar abah dan emak ke hospital, mama dan papa Luthfi malah doktor yang merawat ayah  turut menjadi saksi kepada pernikahan aku, dengan tok imam sebagai juru nikah mewakilkan abah.

Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri Luthfi. dengan sekali lafaz itu, aku rasa selah-olah satu beban telah diletakkan dibahuku.

Biarpun terlalu ringkas, aku nampak riak gembira di wajah Luthfi. mungkin dia merasakan kemenangan sudah berpihak kepadanya. Tidak perlu lagi dia memujukku kerana aku sudahpun menjadi miliknya.

“Rin...”

Friday, March 2, 2012

good night sayang 2! part 9

0 bunga-bunga cOmeL
Chap 9

Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki ke Hentian Duta ini.  memang aku ada kereta tetapi bila setiap kali pulang ke kampung, aku lebih suka menaiki bas. lebih jimat dan dapat berehat. sekarang dah ada orang sanggup jadi driver tak bergaji, lagi seronok! sejak mengenali Luthfi, aku tidak lagi pulang ke kampung dengan bas.

Hmm...masih lagi tentang Luthfi....

Sebaik sahaja sampai di sini tadi, aku terus membeli tiket bas. Satu-satunya yang ada hanyalah pada pukul 12 pagi. Masih ada lagi sejam untuk bas tiba. Aku mengambil tempat duduk yang paling belakang di tempat menunggu.

Mak... abah...

Bak kata orang, sudah jatuh, ditimpa tangga. Itulah yang aku rasai. Kecurangan Luthfi di depan mata dan kemudian perkhabaran sedih daripada Julia. Ya ALLAH, kuat sangatkah aku sehingga diuji begini?

Aku kesat air mata mengalir sebelum menjadi perhatian orang. 

kali terakhir aku bersedih begini sewaktu aku pulang selepas ditinggalkan Azri. Malah macam berjanji-janji pula apabila teksi yang aku naiki tadi merupakan teksi yang sama yang pernah aku naiki malam itu. Tentulah aku takkan dapat lupakan malam yang sedih itu.

Cuma bezanya sekarang, aku tidak mengharapkan kedatangan Luthfi sepertimana aku  pernah mengharapkan kedatangan Azri dulu. Aku tidak mahu Luthfi memujukku sekarang, kerana aku tahu aku pasti tewas dengan pujukannya. Biarlah luka ini sembuh bersama masa yang berlalu.

“sayang...”

Thursday, March 1, 2012

good night sayang 2! part 8

2 bunga-bunga cOmeL
Chap 8.

 SEBULAN lepas aku dan Luthfi ke beberapa butik pengantin di sekitar Kuala Lumpur. Akhirnya setelah puas mencari, terjumpa juga yang berkenan di hati. Nak buat macam mana, aku ni memang agak cerewet. Setelah membuat tempahan, kami menukar haluan ke pasaraya SOGO untuk mencari barang-barang hantaran. SOGO tu kan ada sale sepanjang tahun.

Nampaknya bukan aku sahaja yang cerewet bila bab-bab membeli ni, cik abang aku tu pun boleh tahan! Kalau aku, tidak kisah sangat dengan jenama ni, tapi bagi Luthfi jenama itu penting! Harga tolak tepi.


sayang, nak baju ni tak?” dia menunjukkan sehelai gaun malam yang sangat cantik berwarna ungu lembut.

Serius cantik! Dress tanpa lengan, kain pun lembut. aku mencari tag harga tetapi cepat-cepat ditutup oleh Luthfi.

“Luth, Uyin nak tengok harga!” marahku. Suaraku sedikit meninggi membuatkan Luthfi merenungku tajam menghantar isyarat yang ada salesgirl disebelahnya.

“tunjuklah.”

“tak boleh. Luth tanya ni, nak ke tak nak?”

“tunjuk harga dulu!”

“tak boleh!”

Aku merenung Luthfi tajam. Salesgirl yang berada bersama-sama kami sudah tersenyum.

 Memandangkan  Luthfi langsung tidak mahu mengalah, pantas aku mencapai gaun dari jenis yang sama dan melihat tag harganya.

WHAT!! You got to be kidding me! Pertama, baju ni mahal sangat-sangat. Sampai 899. Boleh beli berpasang-pasang baju. Yang kedua, bila masa pula Uyin nak pakai baju ni Luth? Tak payah belilah. Membazir je..” kataku padanya.  Luthfi tersengih.

Dia mendekatkan wajahnya ke telingaku, “pakai untuk Luth nantilah!”
CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...