KEESOKAN harinya, pagi-pagi lagi aku ke rumah Julia, membantu apa yang patut. Majlis akad nikah akan berlangsung selepas asar. Selepas solat jumaat, Julia mula diandamkan.
Aku menjadi teman setia di sisi Julia. Mengelap peluhnya, mengipas dia apabibila dia meronta-ronta kepanasan. Hai, baiknya aku! Tak apa, sekali sahaja seumur hidup!
Selepas solat asar, kami mula bergerak ke masjid berhampiran untuk upacara akad nikah. Julia mengenakan kebaya moden bewarna krim dan dipenuhi dengan sulaman labuci dan manik yang cantik. Aku pula hanya memakai kurung moden dengan warna sedondon. Sibuk betul Julia menyuruh aku memakai baju sedondon dengannya. Kalau ditaja tu, baguslah juga. Ini tidak, sendirian berhad. Mujur aku ada satu!
“hai Nurin!” tegur Luthfi ketika aku sedang menunggu Julia di luar masjid. Lama pula dia orang ni tanda tangan surat nikah!
“hai..” balasku acuh tak acuh. Tadi tak nampak pula dia di rumah Julia. Tiba-tiba muncul kat sini. Dah tu siap dengan baju melayu lengkap macam dia pula yang bernikah.
“nice. Nampak natural!”
Aku memandangnya yang sedang merenung wajahku. Perlu ke dia mengulas macam tu? dahi, aku kerutkan seribu. Tanda tidak faham dengan ‘nice’ yang dia maksudkan.
“make up awak. Cantik,” balasnya seolah-olah mengerti dengan isyarat yang aku maksudkan.
“oh, thank you..” ucapku pula. dah orang puji. Terima kasih jelah. Ikhlas ke tak ikhlas ke belakang cerita.
Dia masih lagi memandangku. naik rimas aku dibuatnya. Mujur tidak lama selepas itu, Julia dan bakal suaminya keluar dari pejabat di masjid itu. aku segera mendapatkan Julia dan kemudian menemaninya ke dalam masjid seperti yang diarahkan untuk majlis akad nikah.
“kenapa Luthfi ada dengan pengantin lelaki?” aku berbisik di telinga Julia ketika kami sedang menunggu khutbah dibacakan kepada pengantin lelaki.
“kau cari dia juga sebenarnya ya?” balas Julia lalu ketawa perlahan.
“habis, dah dia ada dekat sebelah suami kau. Dia kan sepupu kau, mestilah aku tanya!” aku membela diri.
“tak apa aku faham. Kau kan single. Tentulah dia yang hensem tu menarik perhatian kau.”
“kau ni kan! Dahlah malas nak cakap pasal ni lagi. Esok, kalau kau tak nampak aku, kau jangan cari aku pula!” balasku.
“okay...okay.. sorry. Kau jangan tak datang esok. Dia tu kawan baik suami aku. Macam kau kawan baik aku. Kebetulan dia sepupu aku. Tu je,” jawab Julia dengan riak cemas, tahu takut!
30 minit kemudian, semuanya selesai. Aku mengucap syukur di dalam hati. Sekental-kental dan selamba si Julia tu pun akhirnya menitis juga air matanya apabila dia dan Ismail akhirnya sah menjadi pasangan suami isteri dengan hanya sekali lafaz.
Acara pembatalan air sembahyang dan sarung cincin terus sahaja diadakan di masjid dengan semua saudara-mara yang hadir menjadi saksi. Dalam kesibukan itu, sempat jua aku aku mencuri pandang pada Luthfi yang selalu sahaja menyakat pangantin baru sehingga mengundang tawa tetamu yang ada.
Aku melihat jam di tangan. sudah pukul 6.00 Tepat jam 8 malam aku perlu mengemel proposal pada bos aku. Malam tadi dah bersengkang mata membuatnya. cuma tinggal penutup sahaja belum.
“Jue, aku dah nak kena balik ni?” aku berbisik pada Julia yang sedang sibuk bergambar.
“ala, kejap je lagi ni. kau tunggulah kejap!”
“tak boleh. Kerja ni penting. Kalau tak nanti bos aku pecat aku macam mana? Aku dah lah tak kahwin lagi. Siapa nak tanggung aku pula. kau lainlah,” balasanku mengundang tawa Julia.
“fikir juga kau ya pasal kahwin?” Julia mengusikku.
Aku menyikunya. Geram dengan tawanya tadi dan juga usikannya. Aku ni kan perempuan normal. Tetap ada impian nak mendirikan rumah tangga dengan lelaki impian aku sendiri!
“aku balik dulu ye. Nanti malam, kalau sempat aku datang lagi. Kalau tak, esok jelah aku datang.”
“kau nak balik dengan apa ni?”
“jalan jelah. Bukannya jauh dengan rumah aku pun,” balasku sudah berura-ura bangun dari situ.
Ayat dari Julia selepas itu membuatkan tindakanku terhenti.
“Luth, kau datang dengan kereta sendiri kan tadi? Tolong hantar Nurin balik rumah dia boleh?”
Ya Allah! Boleh tak si Julia ni kalau nak buat apa-apa tu fikir dulu. Dahlah lantang suara dia dalam masjid tu.L tak reti nak cover dengan mak mertua walaupun baru je bergelar pengantin baru. Aku pula yang malu. Daripada tak ada sesiapa yang tahu aku nak balik, sekarang semua dah tahu.
Aku memandang Luthfi sambil menggelengkan kepalaku mengharapkan yang dia akan menolak. Tetapi sebaliknya berlaku.
“sekarang ke? jomlah,” balas Luthfi dengan senang hati.
“err... tak payahlah susah-susah. Saya boleh balik jalan kaki,” ujarku dengan wajah yang rasa bersalah.
“pergi jela Nurin. Kamu tu dari pagi tadi lagi datang rumah makcik. Tentu kamu penat,” emak Julia pula sudah bersuara. Takkan aku nak membantah lagi.
Luthfi bangun lalu aku menurutnya.
“sorrylah Luthfi kalau awak rasa terpaksa. Julia ni pandai-pandai aje,” ujarku setelah kami berada di dalam kereta Honda Jazz milik Luthfi.
“kenapa, awak rasa saya terpaksa ke?” soalnya sambil menghidupkan enjin kereta lalu kereta itu meluncur perlahan meninggalkan perkarangan masjid.
“mungkin. Yelah, Julia tu bertanya depan semua orang! Kalau awak tolak, jatuhlah saham awak. Awak ni kan gentleman?” balasku lalu ketawa.
Luthfi turut ketawa. aku memandang sisinya. Lama. Betullah, aku rasa aku pernah jupa dia ni!
“hensem sangat ke?” tegurannya membuat aku tersipu malu.
Adoi, macam mana boleh kantoi! Ada mata kat telinga ke dia ni?
“err.. kat depan tu belok kiri, lepas tu kanan. Sini...sini... ah. Ok, dah sampai! Rumah ketiga tu,” kataku lalu tersenyum.
“tak adalah jauh sangat!”katanya lalu memberhentikan kereta betul-betul di hadapan rumahku. Kebetulan mak dengan abah pula sedang berborak di parkin. Dah tentu-tentula Luthfi ni turun dari kereta dan menyalami kedua orang tuaku. Dia kan gentleman!
“kenalkan ni Luthfi, sepupu Julia!” aku memperkenalkan luthfi pada kedua orang tuaku.
“sepupu Julia yang mana?” tanya abah, maklumlah hidup berjiran di kampung ni, sepatutnya semuanya kenal. Tambahan pula, keluarga aku dan keluarga Julia dah macam adik beradik.
Aku nak jawab apa? Aku pun tak tahu. dari dulu lagi aku selalu juga lepak rumah Julia. Masa raya pun tak pernah tak pergi. Tapi aku memang tak pernah nampak kelibat Luthfi ni.
“nama ayah saya Malek. Pak ngah Julia. Papa memang jarang balik sini. Maklumlah kerja kat sabah. Keluarga mama pun di sabah. Kadang-kadang keluarga saya balik sini, saya tak balik,”terang Luthfi bersungguh-sungguh.
Aku perasan, sekali-sekali dia memandangku. mungkin cuba menjelaskan siapa dia sebenarnya kepadaku. maklumlah kami memang tiada kesempatan nak berbual.
Habis, dalam kereta tadi apa?
Ah, lantaklah!
“oh, dah setengah tahun kan kamu pindah sini? Ni anak Malek yang kerja dengan sultan tu ye?” soal abahku lagi.
Sultan? Kaki gossip jugak bapak aku ni! aku lihat luthfi tersenyum.
“Lebih kuranglah pak cik. Setengah tahun ni saya sibuk sangat. Balik pun tak sempat sangat nak ke mana-mana. Jadi kenduri kali ni, tu yang saya pulun tu,” balas Luthfi.
Ooo... kerja PTD kot si Luthfi ni.
“eh, jemputlah duduk dulu Luthfi! Kalau diajak bersembang dengan pak cik ni memang tak ingat apa dah. Uyin, pergi masuk buat air!” arah emak.
Aduh... penat melayan si Julia pun tak hilang lagi. Ni nak kena layan Luthfi pula. Letihlah macam ni.
“eh, tak apalah mak cik, pak cik! Saya nak kena balik ni. nak tolong apa yang patut kat sana.”
Jawapan dari Luthfi membuatkan aku menguntum senyum.
“kalau macam tu, terima kasihlah hantar anak pak cik ni balik ye? Menyusahkan kamu aje!” kata abah lalu menjeling ke arahku.
“eh, tak susah manapun. Saya bukan kena jalan kaki,” balas Luthfi lalu tersneyum. Dia akhirnya mengundur diri.
Selepas sahaja kereta Luthfi hilang dari pandangan, aku terus masuk ke dalam rumah sebelum emak dan abah membuka mulut bertanya itu dan ini. bukan aku tak faham pandangan mata dia orang tu. asyik nak suruh kahwin aje. Ingat kahwin tu senang ke macam nak beli pisang goreng tepi jalan???
Huh, tak kuasa!
2 bunga-bunga cOmeL:
tc , lama lagi ker cte nie ? hehe .
ade 8 semuanya. ;p. srry. tc kdg2 je on9. entry ni sume auto-published. ;p
Post a Comment