Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Wednesday, September 12, 2012

cinta vs kerja?

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..

tajuk yang tak tahan tu.. bukan apa, banyak sangat kerja sampai sangat serabut!haish.. pegang yang ni tak kena. pegang yang tu, yang di sana nak. pegang yang sana, yang sini pulak dok teriak2...

berselirat!

kalau ada yang kata 'hubungan kami ni macm tali yang bersimpul2!'

meh2.. try dok tempat aku tengok.... mau nya dahi tak berkerut.

kawan aku cakp, 'first in, first out.'

tapi yang ni, asyik innnnnnnnnnnnn je... out nya tak menyempat2 lagi...dgn jemaah nazir datang sekolah.kena prepared yang tu. kena masuk eviden pbs dalam fail,kena buat soalan final, kena buat laporan...kalau baaca ni je xckup serabut rasanya...  major things, with lots of minor problems.

memang tak dpt nk bertenang..

oke malas nk cerita. sbb klimaks nya adalah pada sejam sebelum balik sekolah kelmarin.

kadang2 aku terfikir.kenapalah dok serabut2 ni. biasalah.keja apa yang senang kat dunia. even, nak basuh toilet pun, tetrap susah untuk orang yang tak biasa kan?i think, i will get used to it soon.. terlupa satu benda paling besar. REDHA. sbb tu tak tenang... redhalah di atas setiap ujian, tina!

p/s:aku mmg suka cuti hari isnin.hehe

Friday, September 7, 2012

kelapa muda vs dia 3

0 bunga-bunga cOmeL

Chap 3

Aduh, semakin sakit kepala otak aku ni! kenapalah nenek pilih dia pula nak jadi calon suami aku? Kenapa? Dah tak ada ke lelaki lain kat dunia ni selain dia? agaknya nenek ni upah spy untuk intip aku dulu kot. Tak pun, nenek melayan blog  aku! Sebab tu nenek tahu pasal dia? tapi takkan nenek rajin sangat godek-godek arkib blog aku tu. mahunya 4, 5 tahun dulu punya cerita. aduh, serabutnya!!

“hai, Kiki Lala!” lelaki itu ketawa.

Ini semua nenek yang punya pasal. Argh, benci gila dah aku ni! nak tengok muka mamat ni pun aku nak muntah. Yang disuruh berdating bawah pokok kelapa ni kenapa? Buatnya jatuh atas kepala? Tak ke ngeng sekejap. Silap-silap K.O terus!

“diamlah kau. Otak aku tengah serabut ni!” aku memarahinya. Sarang tebuan jangan dicucuk. Karang, lebam biji mata!

“jumpa lagi kita Kirana!” lelaki itu ketawa.

“bukan aku yang gedik sangat nak jumpa kau. Semua sebab nenek. Sebab nenek saja!”

Ya allah tolonglah faham perasaan aku ni. kenapalah Ana tiba-tiba ada hal dan tak dapat temankan aku balik kampung? Stressnya!!! Air kelapa, air kelapa!

“hoi! kau nak pergi mana tu? kan nenek suruh dating kat sini!”

“aku nak pergi cari parang!” jeritku dari jauh.

Puas mencari di belakang rumah, akhirnya terjumpa juga parang kontot nenek. Aku senyum segaris. Seronoknya!


“KIRANA!” semua yang ada di ruang tamu memandang tepat ke wajahku bila nenek memanggil namaku. Tentulah nenek tengah marah.

“ya nek?”

“kenapa kau cari parang tadi? Kau nak buat apa dengan budak Riyat ni?” nenek menyoalku.

Aduh, asal aku cari parang aje semua orang ingat aku nak bunuh orang.  nasib baik aku dah telan banyak-banyak air kelapa tadi. Kalau tak, naik lagi suhu kemarahan aku. Riyat ni pun satu! Mengadu macam budak-budak!

“tak adanya kiki nak parang riyat ni nek. Kiki dahaga sangat tadi, kiki pergilah cari air kelapa.”

Aku lihat nenek ketawa kuat! Tua-tua pun tak reti nak cover depan orang! mahunya cucunya ini tak ikut. Dia tahulah tu aku bengang tahap dewa. Sebab tu sampai cari air kelapa.

“pokok mana kau ambil?”soal nenek.

“kiki ambil pokok kat belakang. Pokok tu rendah sikit. Tak payah pakai galah. Kelapa pun banyak yang muda-muda.”

Aku lihat nenek meangguk-angguk. Cucu dia ni kan hebat bab-bab kelapa muda ni! sekali tengok je, dah tahu tua ke muda.

“dah tu, sebiji aje ke kau ambil?” nenek menyoal lagi.

“5 biji. Cukup untuk semua orang. kejap ya, kiki settlekan!” kataku bermanis mulut. Keluarga Riyat aku pandang sekilas sebelum memohon diri dari mereka.

“Riyat, pergi tolong si Kirana tu!” arahan papa Riyat membuatkan langkahku terhenti.

“tak payahlah pak cik. Saya boleh buat sendiri,” kataku sambil tersenyum sumbing!

“Kirana...” dan suara nenek bergema lagi.

Hmm... terpaksalah ikut.


“KAU kerja apa sekarang?”soal RIyat padaku. Bukan dia datang nak menolong! Duduk bertenggek atas tangga tu aje. Nasib baik aku ni memang pakar bab-bab ni.

“kerja aku sekarang belah kelapa ni. tak nampak?” jawabku kasar. dari ekor mataku, aku lihat dia tersenyum.

“mari sini aku tolong!”

“tak payahlah. Kau duduk situ diam-diam. Karang aku parang kau betul-betul baru kau tahu!”marahku.

“baklah sini parang tu Kiki. Biar aku buat,” katanya lagi. Kali ini dia sudah bangun dan mahu mencapai parang dari tanganku.

“janganlah Riyat!”

Adegan rebut-merebut parang berlarutan selama beberapa saat sehinggalah parang itu betul-betul terlepas dari tangan aku. Masalahnya sekarang, parang tu tak berada di tangannya. Habis, kat mana?

Aku pandang ke bawah, darah! Saat itu pandanganku terus jadi kelam.

“MOHAMMAD SYAKIR HAZRIYAT!!!” aku menjerit sekuat hati. Kalau tak kerana dia berebut parang denganku, sudah tentu parang itu masih elok ditanganku yang sedang membelah kelapa. Pasti sekarang kami semua tengah menikmati air kelapa sejuk di bawah terik mentari petang itu. tapi...

“Ya Allah... Kirana.”

Aku nampak nenek berlari ke arahku sebelum duniaku menjadi gelap-gelita.

bersambung....

Thursday, September 6, 2012

kelapa muda vs dia 2

0 bunga-bunga cOmeL

Chap 2

“BIJAK!!! Aku ingat kau nak bunuh orang dengan parang tu,” Ana menyinga apabila melihat aku memanjat tangga dan memetik sebiji buah kelapa gading. Bukanlah tinggi sangat pun. tapi aku malas nak lompat-lompat. Kelapa yang muda mesti lagi tinggi dari kelapa yang tua.

“kau ingat aku ni bodoh sangat ke nak kena hukum gantung sampai mati sebab bunuh orang tak guna macam Benn tu. sia-sia je aku belajar sampai masuk u, lepas tu kena tangkap polis. Apalah kau ni!”

Buah kelapa itu aku cantas hujungnya beberapa kali. Bila isinya aku sudah nampak, aku tebuk lubang lalu airnya aku minum. Aku sudah terduduk di situ sambil menikmati air kepala gading yang manis. Ana juga turut duduk menemani aku di situ.

“kau cari parang macam tu, mahunya aku tak risau. Kalau betul kau nak bunuh orang, silap-silap dengan  aku sekali polis siasat. Aku cuma nasihatkan kau je. Takut aku tadi kau naik hantu macam tu,” luah Ana jujur.

“kau tepi sikit,” arahku pada Ana. Aku mengangkat parang tinggi-tinggi.

“eh...eh... kau jangan nak parang aku pula!” balas Ana sambil mengesot sedikit ke tepi dan tangannya menutup muka.

 “Benn tu yang bodoh!” marahku lalu kelapa gading itu terbelah dua dengan hanya sekali hayun. Geram betul ni! Ana ni pun satu, kalau aku nak ‘parang’ dia, dah lama aku ‘parangkan’. Tak payah tunggu hari ni!

“err... siapa perempuan plastik yang kau sebut tadi?” soal Ana. Dah datanglah tu semangat penyibuk dia.

“ala siapa entah nama dia. lupa pula aku. Budak tu model iklan deodorant kat tv. Kau ingat tak,yang kita kutuk kow-kow hari tu,” jawabku.

Hmm... cantik isi kelapa ni. aku memang hebatlah bab-bab kelapa muda ni! Ana di sebelah aku pandang seketika. Dia sedang mendongak ke langit, tangannya menungkat dagu. Berfikir barangkali. Itu memang favourite pose Ana bila dia memikirkan sesuatu.

ish, lembablah kau ni! dah, pergi masuk ketuk ais. Aku ambil lagi dua biji. Boleh minum sama-sama. Duduk luar ni, nyamuk banyak!”

“kau janji jangan buat benda bodoh!”

“ye!” jawabku pendek. Takut sangat. Setelah yakin, baru dia masuk ke dalam rumah.

“ANA!!! Tolong!!!!” aku menjerit lantang. Bila nampak Ana terkocoh-kocoh datang ke muka pintu, aku ketawa.

“aku lempang kau karang!” katanya sambil mencekak pinggang.

Apabila aku masuk ke dalam rumah, Ana memandangku dengan wajah masam. Matanya terpaku ke kaca tv. La... dah habis rupanya!

“kau ni kan! Kan bagus tadi kalau balik lambat lambat sikit. Sempat juga aku tengok merlin ni!!” marah ana. Aku hanya tersengih. Kelapa yang belum dibelah itu aku bawa ke dapur.

“ala... diva tu, esok-esok ulang lagi. Nak kalut ke mana?” jerit aku dari dapur. Aku membelah lagi dua biji kelapa. Air nya aku tadah dalam jug yang sudah pun berisi ais. Kemudiannya isinya aku korek. Mahu kembung perut minum air banyak ni! tak apa, kalau tak habis, boleh simpan esok. Air kelapa tak macam air tebu. Air tebu tak boleh simpan lama-lama.

Selepas itu, aku keluar ke halaman rumah dan mengambil lagi sebiji kelapa yang telah aku kerjakan tadi. Nak angkut semua, tak cukup tangan. si Ana tu bukan reti nak menolong. Bila tengok siri Merlinnya dah habis, merajuk tak tentu pasal.


“NAH, air kelapa. Fresh okay. Hasil kerja tangan aku lagi,” kataku sambil memberikan segelas air kelapa kepadanya. Siap ada isi kelapa dengan sudu lagi. Punyala istimewa. Sejug lagi, aku letakkan atas meja di ruang tamu itu.

Ana mencapai gelas itu lalu diminum rakus. Barangkali bengang dengan aku kot. Aku ketawa melihat reaksinya. Poyo je. Dengan cerita merlin yang tak wujud tu pun, nak marahkan aku. Sedangkan kalau dia sakit ke apa ke, bukannya merlin tu datang tolong!

“Gwen kena buang negeri. Padan muka dia. nak menggedik sangat dengan Lancelot tu. tapi sebenarnya Morgana punya pasal. Benci gila aku dekat morgana. akhir sekali, Lancelot mati sebab Morgana suruh dia bunuh diri. Lepas tu, Arthur suruh dia diuruskan macam biasalah memandangkan dia kan noble man. Kiranya pada Arthur, Lancelot tu mati sebab rasa bersalahlah kat Arthur. Gwen tu kan dah nak kahwin dengan Arthur tapi dia masuk line. sebelum Merlin nak bakar dia dalam perahu yang tengah berlayar tu, dia baca mantera macam nak bebaskan Lancelot dari sihir Morgana. Kau tau tak lepas tu apa jadi?” soalku setelah bercerita panjang

“hah, lancelot hidup balik ke? aku kesian lancelot tu dari awal lagi. Dahlah hensem!” kalut Ana menjawab soalanku. Biasalah, bab-bab merlin ni memang Ana laju!

Aku ketawa, “at first, aku ingat macam tu jugak. Merlin tu kalau tunjuk muka sedih dia, mesti aku rasa nak menangis sekali. Lepas dia buang sihir tu, memang Lancelot hidup. Adalah dalam dua saat. Dia cakap ‘thank you merlin’ dan  mati. Merlin pun senyum sebab dia tahu tu Lancelot yang sebenarnya.  Lepas tu bila perahu tu dah ke tengah tasik, Merlin bacalah sihir dia dan Lancelot terbakar. End of the episode!

“mana kau tahu?”

“aku tahulah. Merlin kat Diva ni lambat beberapa episode dari UK. Aku tengok dalam internet je.”

“kau tak download ke?”

“malas nak download. Aku suka tengok je. Tak suka download. Sebenarnya, aku dah tengok sampai habis dah!”

“cis, patutlah selama ni, bila aku kutuk-kutuk agravaine, morgana, tak pun cuba-cuba menjadi director tak bertauliah, kau gelakkan aku. Rupanya kau dah tengok! Cis!” kata Ana lalu membalingkan sebiji bantal yang hampir-hampir mengenai aku.

Aku hanya tersengih. Mata Ana kembali ke kaca TV dan aku pula melayan perasaan, mengingati peristiwa yang berlaku sebelum ini.

“KIKI, kenalkan Ivy bakal tunang I!”


“ANA!” aku menjerit memanggil nama Ana. Ana yang terkejut memandangku tajam.

“aku dah ingat dah nama minah deodorant tu?”

“siapa??”

“hish, yang aku cakap tadilah. Minah yang buat iklan deodorant yang pakai skirt pendek, tunjuk ketiak tu! nama dia Ivy.”

“Ivy? Dia tu melayu ke tak? Nama macam bukan. Dengan buat iklan macam tu lagi, hish, anak siapalah!” ana membebel-bebel.

“melayu la kot. Takkanlah Benjamin tu nak kahwin dengan orang bukan islam. Dahlah, malaslah aku nak fikir lagi,” kataku lalu segelas lagi air kelapa masuk ke dalam tekakku. Bersiap sedialah malam ni kalau asyik nak terkucil saja!

“Kau okay tak ni?”

“okay tak? Dah belasah sebiji kelapa gading tu, mahunya aku tak okay. Biarla si Benn tu nak pilih Ivy dari aku. Memanglah aku sedih. Tapi kalaulah dia lebih cintakan tubuh si Ivy  tu berbanding cintaku aku yang bertudung litup ni, terpulang. Aku tak rugi apa-apa.Tapi...”

“tapi apa kiki?”

“kau dah lupa ke pada arahan veto nenek kesayangan aku tu? 30 hari atau kahwin dengan pilihan dia!”

“hah, aku dah ingat! Macam mana kiki? Apa kita nak buat ni?” Ana mula kalut.

Minah ni kenapa? Yang dia kalut lebih dari aku ni apa kes?

“terpaksalah ikut...”

“kalau kau slow talk dengan nenek?”

“negatif!”

“habis macam mana?”

Aku lihat Ana sudah bangun. Tangannya menongkat dagu. Kepalanya didongak ke atas.mencari idealah tu.

“macam mana kalau kau suruh abang Khai tu jadi pakwe olok-olok kau?”

“kau gila ke apa? Dia tu aku kenal sebab jual air kelapa dekat simpang tu je tau. Tak lebih dari tu!”

“ala, kan kau selalu cakap suka tengok muka dia yang hensem macam Legolas tu! kau slow talk dengan dia pula!mana tahu dia pun setuju.”

“kau ingat nenek aku tu main-main je ke? buatnya dia suruh kahwin dengan abang Khai tu, naya je. Aku suka tengok je, bukan suka-suka!”

“habis?”

“terima jelah pilihan nenek aku. Dah tentulah dia pilih  yang bagus-bagus untuk aku. Takkanlah dia nak bagi yang hisap ganja ke, edar dadah ke? kan?”

Ana mengangguk beberapa kali. Lawak pula si Ana ni kadang-kadang. Tapi dialah teman aku tak kira aku susah atau pun senang. Macam dalam lagu  Bruno Mars, Count On You . aku tujukan lagu tu khas untuk dia. he he he...


bersambung...

Tuesday, September 4, 2012

kelapa muda vs dia 1

0 bunga-bunga cOmeL

CHAP 1

Aku menolak kasar daun pintu rumah berkembar itu. mujurlah nenek juga yang sponsor. Kalau tak, tak berasalah duduk rumah atas tanah di KL ni. itupun tetap juga aku bayar bulan-bulan pada nenek walaupun acapkali nenek menolak. Mana boleh!

Beg tanganku dicampak ke sisi Ana yang sedang asyik menonton tv.

“Hoi, kau apa hal?” Ana memekik,menyakitkan gegendang telingaku.

“parang mana Ana? Kau simpan kat mana hari tu?” soalku pada Ana. Orang terakhir yang menggunakan parang adalah teman serumahku itu.

Ana memandang aku pelik. Dahinya berlapis-lapis.

“kau nak buat apa dengan parang Kiki?”

“aku tanya, kau jawab jelah!”

Kesian pula aku tengok wajah menikus Ana bila dimarah begitu. Habis, yang aku tanya dia tak nak jawab tu kenapa?

“kat.. kat.. chop! kau kenapa ni?”

“aku tengah bengang ni!! mana parang Ana?” aku  berlari ke dapur bila Ana seolah-olah tidak mahu memberi kerjasama denganku. Mencicit Ana berlari mendapatkan aku.

“kau nak buat apa dengan parang tu?” soalan itu juga yang ditanya sejak dari tadi.

“Benn! Benn tinggalkan aku. Jantan tak guna. Dia tinggalkan aku kerana perempuan plastik tu. argh!!!” aku menjerit sekuat hati melepaskan geram.

Laci aku buka satu-persatu. Pisau paling pesar yang ada di dalam laci itu, aku pegang. Hmm, ni tak boleh ni. besar-besar dia pun, tiga jari aku ni lagi besar! Tak lepas ni.

“Kiki sabar! Benda boleh bawa bincang...”

Entah apa yang dibebelkan Ana sudah tidak kedengaran lagi di telingaku. Tak kira, aku nak juga parang! Kalau tak, tak tenteram aku tidur malam ni. Semua tempat di dalam dapur itu aku selongkar. Akhirnya jumpa juga parang yang aku cari-cari.

Aku tersenyum lebar.

“Kiki, jangan!!!” Ana menjerit macam histeria sambil berlari ke pintu hadapan dan berdiri di situ.

“kau kenapa?”

“kau jangan bunuh orang, Kiki!”

“tepilah! Aku nak keluar!” aku menolak Ana kasar.

“Kiki,janganlah macam ni. kejap-kejap aku pakai tudung. Aku ikut kau,” balas Ana kalut lalu berlari mendapatkan tudungnya di dalam blik.

aku pandang pokok kelapa gading di halaman rumah kami itu. hmm...

“kau nak pergi mana masuk dalam kereta aku tu?”

“aku nak ikut kaulah,”

“kalau nak ikut aku, bawak tangga tu sekali.”

“kau nak bawa tangga tu buat apa? Kita nak ceroboh pagar rumah Benn ke?”

“suka hati akulah. cepatlah!”

Ana mengikut cakapku macam orang bodoh. Yang tadi dia beria-ria tahan aku dari bunuh orang, kenapa sekarang dia pula yang beria-ia nak ikut? Hish, Ana ni!

“nak letak mana ni?”

“sini!” kataku sambil berdiri di bawah pokok kelapa gading itu.

“kau nak buat apa sebenarnya Kiki?”

bersambung....

Monday, September 3, 2012

kelapa muda vs dia (prolog)

0 bunga-bunga cOmeL
Benci gila aku! Nenek ni kalau tak buat hal, tak sah! Ingat senang ke nak sediakan semuanya dalam 30 hari. Aku, memanglah senang! Sebab dia yang nak sponsor semuanya tapi macam mana dengan Benn? Lelaki itu dahlah anak yatim-piatu. Mahu mengamuk si Benn tu nanti.

“kalau dia betul cintakan kau, dia sanggup buat apa saja,” Nenek menjawab yakin.

“cakap memanglah senang nenek. Cucu-cucu nenek yang lain kan ramai. Kenapa pula Kiki yang kena?”

“apalah lembab sangat kau ni! cucu nenek yang mana yang belum kahwin? Kau aje kan?”

Betullah juga. Hanya aku saja yang masih berstatus bujang. Tapi...


“si Munirah tu? dia dah boleh kahwin apa?” sangkalku. Nak juga menang!

“kau gila ke apa? Cucu aku yang tu baru lepas SPM. Tunggulah dia habis belajar dulu. Kau tu yang aku tunggu-tunggu tak juga bawakan aku menantu!”

“nenek ni!”

“muktamat! 30 hari atau kahwin dengan pilihan nenek!”

bersambung....


CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...