Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Saturday, December 10, 2011

hye there!

0 bunga-bunga cOmeL
assalam...

tanam anggur..tanam anggur...


pe khabar sume.hehe... baru berkesempatan nk on9..


skrg aku tgh menikmati cuti2 malaysia di kampung tercinta, merbok kedah..huhu.. n working for a new short story.hee.. ofcosla yg sweet2 kan.hee

tq untuk sume pembaca blog aku yg setia. slmt menunggu cute terbaru ni ya.. hmm.. berkisarkan tentang cinta rebound. pernah dgr?pernah alami x?berjaya ke x?hehe

okela. that's it for now. have a nice and barakah weekend guys! ;p

Friday, December 2, 2011

cerpen: AQIF, I Love U! end

0 bunga-bunga cOmeL
SEMINGGU aku tak nampak batang hidung Aqif. Baguslah juga. Setidak-tidaknya perasaan suka aku tu terbantut macam tu aje. Tapi... entah-entah dia cuti sebab nak bertunang!

“Hai Aqif, berseri-seri je muka? Ada apa-apa ke?” suara Kak Ita memecahkan keheningan pagi itu.

Aku mencari wajah Aqif dalam diam. Tipu gila! Mana ada berseri-seri. Biasa je aku tengok.

“Berseri sebab ada orang sayang kot,” balasnya lalu memandangku. aku yang saat itu memang tengah merenung dia jadi gelabah.

Kantoi sudah! Eh, chup! Apa dia cakap tadi? Sayang dia, lepas tu pandang aku? Kenapa pula aku terbabit? Bukan ada siapa-siapa kat sini yang tahu pasal aku suka pada dia pun. Hmm... dia sengaja pandang aku kot.

“you sihat? Dah lama tak jumpa,” soal Aqif.

“Rindu ke Qif?” usik Kak Ita.

Aku menjeling ke arah Kak Ita. Ada-ada je.

“I ada je kat sini. You yang menghilang. Kenapa? Memang betul rindu I ke?” aku menduganya lalu ketawa.

Dia turut sama ketawa.

“you nak i jawab macam mana?”

Amboi, balas nampak! Siap diangkat kening tu lagi. Cabar akulah tu!

“I tak kisah. Kalau rindu, tentulah I happy. Ada juga orang rindu I ni kan. Tapi nanti jangan sampai ada perang dunia ke 3 pula!” balasku.

Dia mengangguk-angguk. Langsung tak menafikannya. Sekali lagi, dalam diam, aku kecewa. Memang dia sudah punya seseorang.

“i jamin takkan perang punyalah!”

“ada-ada je you ni. Lama menghilang ke mana? Balik bertunang ke?” dugaku lagi. Dia yang mula dulu okay!

Dia tersenyum lebar sebagai jawapan kepada soalanku lalu mengangkat sebelah keningnya.

            “you will find out yourself later,” balasnya lalu melangkah pergi bersama senyuman yang sukar untuk aku tafsirkan.

            Bodoh!bodoh! yang pergi buat lawak tanya pasal tu kenapa? Akhirnya siapa yang sakit hati? Padan muka kau Aie! Padan sangat!

            Aku merenung komputer di atas meja.

            Sudahlah! Buat aje kerja ni!

Sejak itu aku sentiasa melarikan diri daripanya. Aku takut perasaan yang baru berputik ini kian berkembang dengan gurau-gurauannya. Tapi semakin cuba aku elak, semakin selalu pula dia muncul di hadapanku.

Ya allah, apakah perasaan ini? kenapa begitu sukar aku melupakannya?

“Syah, Aqif cari tu!” ujar Kak Ita.

Aku yang sedang membancuh air di pantri, segera menyembunyikan diri. Bila langkah Aqif semakin dekat ke pantry, aku menggeleng-geleng kepalaku memberi isyarat supaya Aqif jangan sampai ke sini. Tidak cukup dengan itu, tangan juga aku goyangkan.

Sedar-sedar aje mug di tanganku sudah pecah bersepai terlepas ke lantai. Aku segera menekup mulut daripada menjerit kepanasan. Tentu melecur kakiku kerana terkena air panas.

            “Syah, kenapa ni?” Aqif menyoal cemas.

            “ya allah syah....” Kak ita pula bersuara.

“err... tak ada apa-apa. Sikit aje,” balasku tanpa langsung memandang wajah Aqif. Aku tunduk mahu mengutip serpihan kaca yang bertaburan.

“sikit you cakap??? Cuai sangat kenapa ni?”

“yang you nak marah I kenapa pula?”

Aku sudah naik angin. Dah tentulah kaki aku ni masih lagi sakit. Yang dia suka-suka hati nak tengking-tengking kenapa? Hatta mama dan abah pun tak pernah tengking aku macam tu.

“Jom I bawa pergi klinik!”

“I tak nak pergi klinik!”

Dia merenungku tajam. Aku juga membalas dengan renungan yang sama. Tiba-tiba hatiku sebak. Saat-saat ini jugalah air mataku berlumba-lumba menunjukkan diri.

“You pergi jauh-jauh. Kaki I ni sakit tau! You jangan nak sakitkan hati I lagi. Kalau setakat nak marah-marah I, baik you jangan ada kat sini,” kataku dengan linangan air mata.

Aku menolaknya ke tepi. Kak Ita yang dari tadi menjadi penonton setia drama sebabak kini sedang mengutip serpihan kaca. Aku mengambil susu pekat yang berada di atas meja lalu duduk di atas kerusi yang disediakan.

aku menanggalkan kasut perlahan-lahan. Memang ada kesan lecur di situ. aku tuangkan sedikit susu di atas tangan lalu aku lumurkan pada bahagian yang melecur. Aqif masih lagi memerhatikan tindak tanduk aku sementara Kak Ita pula sudah pun kembali ke mejanya.

“boleh I tanya sikit?”

Aku mengesat sisa air mata yang masih ada, “nak tanya apa?”

“Kenapa you macam nak larikan diri dari I je? I ada buat salah ke?”

Aku memandang wajahnya. Sudah tidak setegang tadi. Hai.. aku sakit-sakit macam ni pun nak tanya soalan cepumas macam tu.

Terlepas satu keluhan.

Nak jawab ke tak? Patut ke tak patut?

“entahlah Aqif. Betul ke I macam larikan diri dari you?” aku memandangnya.

“you suka I ya?”

Terbeliak mataku mendengar serkap jarang daripadanya. Sungguh tak malunya si Aqif ni! dah tu terkena pula tekaannya. Kalau macam inilah gayanya bukan setakat kaki merah sebab melecur, muka pun merah sekali sebab malu!

“memanglah I suka you, kalau tak suka, tak adalah I kawan dengan you kan?” balasku lalu tersenyum.

Dia ketawa.

“betul juga! Tapi maksud I suka lebih dari seorang kawan?”

Kini giliran aku pula ketawa.

“you nak I jawab apa?”

“i nak you jujur sahaja.”

Aku terdiam seketika, menyelak kamus dewan yang ada dalam kepala, mencari prosa kata yang indah untuk aku luahkan semunya. Tetapi ini sahaja yang aku mampu.

“Aqif, you dah bertunang! Apa guna I suka atau tak pada you.”

“jadi kalau I tak bertunang, you suka I lah?”

“perasan betul you ni!” aku membalas soalan itu dengan gurauan, mengharapkan yang dia tidak bisa membaca suara hatiku yang nyata bertingkah dengan lisanku.

“please Syah,  be honest with me,” pujuk dia pula.

Aku memandang seraut wajahnya. Kenapa dengan dia hari ini? kenapa dengan soalan-soalannya hari ini? dia mahu menguji aku atau apa? Tapi...kenyataan itu...

Thursday, December 1, 2011

cerpen: AQIF, I Love U! 2

2 bunga-bunga cOmeL
need extra hands?” Aqif menyoal ketika aku sedang terbongkok-bongkok mahu mengangkat sebuah periuk yang berisi ayam masak merah. Periuk tu memanglah tak besar mana. Tapi dengan kudrat gadis yang tak seberapa ni, memang aku perlukan ‘tangan lebih’.

“mesti!” jawabku lalu ketawa.

“tak adalah berat mana!” Aqif bersuara bila dia akhirnya berjaya meletakkan periuk itu di atas meja.

you are the man...” balasku lalu tersenyum nipis. Ikhlas ke tak tolong ni. tak ikhlas, pergi jauh-jauh.

“takkan you nak letak periuk ni kat sini?” soal Aqif lagi.

“taklah. I nak transfer masuk dalam tray ni. catering ni pun satu, main tinggal pulak dia. Yang lain-lain pergi main. kebetulan pula tahun ni department I yang ada berapa kerat je tu yang handle. I taulah I budak baru. Tapi janganlah buli I macam ni. penat uruskan sarapan pagi tadi pun tak hilang lagi..” mulutku membebel-bebel serentak dengan tanganku yang ligat menceduk ayam ke dalam tray.

“Aisyah...” aku tergamam.

Erk! Apa aku cakap tadi? Aku cakap depan Aqif ke? oh my...

are you okay?”

Serius malu! Bila aku penat macam ni, otak memang dah jadi tak berapa betul. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, malu macam nilah jadinya.

Sorry.. sorry.. please forget what did you hear just now. I don’t really mean any of it. And please... just go Aqif...” aku bersuara tanpa memandangnya. Tanganku masih ligat memasukkan ayam ke dalam tray.

“Bagi I tolong you,” pintanya padaku.

Nak tolong? Tak payahlah. Aku dah malu sangat dah ni.

Just go Aqif,” balasku merayu.

“Syah, nanti I ambil senduk tu dari tangan you! you tentu tak suka kan?”

Aku terus memandangnya yang berada di hadapanku. Why are you so nice to me Aqif?

Dia tersenyum. Tanpa berlengah aku terus menyerahkan senduk itu kepadanya. Dia terus mengambil alih kerjaku.

“Aqif, boleh ke I nak makan sekejap? 5 minit je. I lapar sangat sebab tadi I tak sempat nak srapan. Sebab tu lah I ‘terbebel’ pada you tadi,” pintaku padanya. Yelah, dah dia datang tolong takkan aku nak tinggalkan dia pula.

Dia hanya mengangguk, “take your time...”

Aku mengambil sebungkus roti di dalam beg. Mataku melilau mencari kerusi yang terdekat lalu membawanya ke depan Aqif.

“pergilah makan jauh-jauh. Karang kotor baju you kena percikan sambal ni?”

“I tak sampai hati lah. Ini kan kerja I,”balasku.

just...”

“naa... don’t say a word. Bagi I makan dengan tenang ok!” ucapku lalu meletakkan jari terlunjuk ke mulut. Dia menggeleng lalu ketawa.

Bila acara bola sepak di tengah padang tamat, barulah nampak batang hidung mamat-mamat catering ni. kurang asam betul! Entah mana Kak Idah dapat dia orang ni. tak professional langsung. Dia ingat majlis kecil ke ni.

“Jom ikut I.”

Aku memandang Aqif. Kenapa pula dia ni? nak ikut ke mana?

come on Syah. Kan budak-budak tu dah datang. You sepatutnya enjoy the event. Walaupun you unit jamuan, you sepatutnya tak kena buat kerja tadi,” ujarnya.

Ayat dia yang terakhir terus menusuk ke dalam hatiku. Apakah maksud dia yang sebenarnya. Kenapa dia tolong aku tadi.

“I don’t seek for your help just now. So please don’t ever say it again!” balasku pula. Tiba-tiba emosi semacam. Tak nak tolong, janganlah tolong.

“bukan macam tu maksud I.”
CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...