Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Thursday, September 29, 2011

amek jubah!

2 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

akhirnya, tercapai jugak hasrat aku nk menyarung jubah graduasi..alhamdulillah...

tak sabar rasanya nk menanti tarikh keramat 8 okt!

(speechless)




babai!

Tuesday, September 27, 2011

jamuan raya @ SAMBEST

0 bunga-bunga cOmeL
Assalamualaikum...

syawal bakal menutup tirai, tp selagai tak abes, selagi tu ade 0pen house..

smalam ade jamuan raya kt sekolah.

meriah sgt! n aku dah rasa ak ni jd sebahagian drpd staf sekolah ni.

hoho..best minum smlam.

nasi impit.rendang. KAMBING BAKAR.sate. ayam bakar.cendol whipped potato, sup..n byk lagi..



me with kak jannah..sebelum menyerang kaunter makan!haha

the other teachers. yg 2 dr kanan tu, aku gnati dia masa mula2 dulu. anak dia pun dah besar da skrg..

my favourite nih!


ini pelajar2 yang penah aku ajar masa jd cikgu gnti n yg sll dtg kelas mlam  aku.
oh, yg plng depan kiri tu bukan. itu org dm kot. 

alamak terbalik plak gmbar nih.

ni pun student yg penah dtg kelas aku..

ok.aku pun tak tau ni nasi apa.

sedap kan??

kerang bakar!!


habis sudah!hehe

skrg kembali busy marking paper trial form 5.yes! aku akui byk pengalaman yg bermakna aku dpt kat sni. in fact, sometime aku terlupa yg aku ni amek major math dulu.huuuu

adios!



Monday, September 26, 2011

spike aku lagi kencanglah! #3 -end

0 bunga-bunga cOmeL
Sebulan berlalu sejak Neya melatih pasukannya. Berkat kesungguhan dia dan rakan sepasukannya, akhirnya cikgu Ramli membuat keputusan untuk menghantar pasukan itu untuk mewakili sekolah.
Neya gembira tak terkata. Memang sebulan ini, hidupnya dipenuhi dengan onak duri. Bukan senang dia mahu membawa pasukannya ke tahap sekarang. Daripada tak tahu apa-apa, akhirnya ada juga yang boleh setkan bola untuknya, ada yang sudah  boleh spike, dan yang paling penting semuanya boleh mengangkat bola dan serve dengan baik.
Dia bukan pilih orang sembarangan. Semua ada kelebihan masing-masing. Midah, tangannya kuat, dia atlet lontar peluru walaupun badannya kurus. Joji, Ema dan Syira pemain bola keranjang. Respon mereka pantas. Ketinggian mereka boleh tahan. Mereka boleh jadi blocker. Ita atlet lompat jauh dan mempunyai tinggi sepertinya. Dia boleh melompat dan spike! Suzi pula walaupun tidak tinggi, tapi digging dia paling cantik berbanding yang lain. Marina, Iza, Rose, Zakiah dan Yara masing-masing runner sekolah. Mereka ada stamina. Prestasi mereka juga boleh tahan.
Sekali-sekali dia mengajak teman lamanya datang bermain bersama. Dengan itu, pasukan barunya akan lebih bersedia.

            PETANG itu, Amat datang ke gelanggang perempuan. Ada hutang yang mahu dituntutnya.
            “dah sedia ke nak lawan dengan kita orang?”
            “bring it on lah Amat. Kita orang tak takutlah dengan team budak laki!” Joji menyahut cabaran Amat.
            Amat dan kawan-kawannya ketawa.
            “baiklah. Weekend ni, court hari tu!” Amat membuat keputusan sambil memandang neya. Neya sahaja yang pernah datang ke gelanggang itu.
            “deal!” balas neya.

*****
            “kau biar betul nak lawan team Neya tu?” haikal menyoal Amat selepas mereka meninggalkan gelanggang.
            “kenapa?”
            “mereka kan baru lagi. Perempuan pula tu. kau tahulah team kita ni main macam mana...”
            “Haikal, kau terlalu nak menjaga Neya tu kenapa? Kau jangan pandang rendah dengan team dia. Aku dah tengok dia orang main tempoh hari. Kau pernah tengok kan Neya spike?”
            Haikal mengangguk.
            “Spike dia sehebat Jay tahu! dan teammates dia semua dapat angkat bola dia,” Haikal ternganga mendengar cerita Amat. Biar betul temannya ini sedang memuji neya. Bukan mereka tidak sebulu?
            Amat mula mengimbas kembali aksi sebabak yang dia nampak sebelum ini. memang pasukan Neya memang  tidak kurang hebatnya dari dia. Amat tersenyum.
            “tapi... of courselah spike aku lagi kencang!” balasan Amat mengundang tawa Haikal.

*****
            “kau tak nak tengok team Neya main ke? kan dia orang dah masuk semi-final! Game penting ni bro. Lawan dengan johan tahun lepas,” soal Haikal pada Amat yang sudah berura-ura mahu pulang selepas penat berhempas pulas untuk memenangi peringkat separuh akhir tadi.
            “dia orang takkan menang!”
            “kalau ya pun, jomlah kita bagi semangat. Kan kita 1 sekolah,” Haikal memujuk Amat.
            Amat termenung. Apabila difikirkan kembali aksi pasukan Neya sewaktu perlawanan persahabatan mereka tempoh hari, mereka tidak kurang hebatnya. Nama pun persahabatan. Amat hanya serang Neya sahaja. Sebab? Amat sendiri tidak tahu. Lama-lama Amat bersetuju. Haikal tersenyum.
            Sengit! Itulah yang boleh Amat lihat dan tafsirkan. Pasukan lawan memang susah mahu dikalahkan walaupun pasukan Neya bermain dengan sangat baik. Seolah-olah tiada yang mustahil bagi mereka. Namun, takdir tidak menyebelahi pasukan Neya. Mereka tewas akhirnya dengan keputusan 2-3. Kalah tapi kalah bergaya!
            Satu yang dapat Amat pastikan, mereka seolah-olah dapat membaca gerak-geri Neya.
            Neya terduduk kecewa. Sejauh ini mereka berusaha tapi akhirnya kalah jua. Tiada siapa mampu menenangkannya. Tiada siapa yang mampu menghilangkan rasa kecewanya. Bola tampar hampir segala-galanya bagi Neya.
            Mata Neya bergenang. Saat air mata itu mahu jatuh, dia terpandangkan Amat yang turut mamandangnya. Redup pandangan itu bersama senyuman yang sukar untuk dia tafsirkan membuatkan dia bertambah kecewa. Tentu Amat ketawakan dia!
            Tapi... itu bukan senyum sinis! Bisik hatinya. Senyum itu menghantar rasa tenang ke hatinya. Saat dia mahu menatapnya buat kali kedua, kelibat Amat telah pun tiada.
            “nice game!” ucap Amat. Jelas di matanya, mata gadis itu bergenang tadi lalu entah bagaimana dia boleh masuk ke dalam gelanggang dan berdiri di belakang Neya. Niatnya saat itu mahu menenangkan musuhnya itu. Musuh! Habis apa aku buat di sini?
            Neya cepat-cepat mengesat air matanya sebelum menoleh ke belakang.
            “you won. We lose,” balas Neya.
            “you all dah buat yang terbaik kan?” Amat memujuk. Hilang semua egonya entah ke mana.
            Neya mengangguk lemah.
            “dia orang tu last year’s champ. Ramai pemain kebangsaan. Kau pun kenal kan. Team kita, ada kau saja!”
            Neya terdiam. Ada sesuatu mengusik jiwanya. ‘team kita’.
            “spike dia orang kencang kan?” Neya meluahkan rasa hatinya.
            “spike kau pun kencang. Tapi.... spike aku lagi kencangkan?” kata Amat lalu ketawa meninggalkan Neya.
            Dah datang perangai hantu dia balik!huh! marah Neya dalam hati.
            “spike aku lagi kencanglah!” jerit Neya geram.

            “SAYANG termenung apa tu?”
            “oh, abang! terkejut Neya,” Neya tersenyum memandang suamiya penuh kasih.
            Muka pecahlah. Mulut laser macam loji tahilah. Akhirnya jadi laki aku jugak! Neya mengomel dalam hati.
            “abang ada game weekend ni. neya nak ikut tak?” Amat menyoal isterinya.
            “mestilah nak ikut! Kalau boleh Neya nak main sekali!” balas Neya lalu ketawa.
            “Neya jangan nak mengada-ngada. Perut tu dah memboyot, ada hati nak main bola tampar!”
            Neya ketawa manja. Kalau bukan dek kerana perutnya yang memboyot, memang dia akan masuk court.
            Bahagianya dia sekarang! Memang bola tampar hampir segala-galanya bagi Neya sehinggalah dia bertemu Amat.
            “sayang.... spike abang kencangkan?” soal Amat ketawa.
            “spike neya lagi kencanglah!”

******
            Semua mata memandang  Neya dek kerana jeritannya. Neya gelabah. Coach, pasukannya, pasukan lawan, penonton, semuanya sedang memandangnya penuh tanda tanda. Rasa nak sembunyikan muka dalam dalam beg saat itu. Ikut perasaan sangat. Padan muka!
            “neya... neya... kau ni memang comel!” ujar Amat perlahan sambil ketawa.

Tamat.

Friday, September 23, 2011

really packed!

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum,,,

selmat hari jumaat!

pergh! agak pack minggu ini. tapi alhamdulillah masih bertahan.. minggu ni aku start balik gnti cikgu kimia sekolah ni. tusyen malam pun masih diteruskan. n begitu juga tutor 1-1 setiap ptg isnin n rabu.

pagi: @school 730am to 230pm
ptg: tutor 3.30 t0 5pm
mlm: tusyen 9 to 1030pm

harap2 mampu bertahan khidmat aku tak diperlukan lagi.cewah.hahaha.. pasni kena study tajuk f0rm 5. ngeh2... da tak bape nk ingat dah..

oh.

mmmm... kdg2 aku rasa aku ni sll overthinking. aku sll rsa org tak senang ng aku. tp aku xbleh nk stay low profile.senyap. pendiam. dah aku ni memang bukan pendiam. just, harap2 aku ni xdelah x menyenangkan org..


huhu..

p/s: hari ni wt open room kt asrama.hehe

Wednesday, September 21, 2011

spike aku lagi kencanglah! #2

0 bunga-bunga cOmeL
“Neya watch out!”
Tetapi semuanya sudah terlambat. Neya jatuh terduduk. Dia membetulkan pin tudungnya yang sudah tercabut.
“Hoi! Kan kita orang tak ready lagi!” Haikal bengang.
“main, mana boleh tak bersedia. Nanti lawan ambil kesempatan,” balas Amat tanpa rasa sedikit pun serba salah.
“kau okay ke Neya?”  Acap menyoal dengan cemas.
Neya terasa pandangannya berpinar. Boleh tahan juga spike mamat ni! rasa bergegar otak aku. Dia mendesah.
“rilex...rilex.. aku okay. Small matter,” Neya menjawab. Dia bangun sambil membetulkan tudungnya.
“Najib, ganti Neya!” haikal bersuara.
“ala.. aku nak main. Dah lama aku tak main. Kasilah aku lepas gian dulu...” rayu Neya pada ahli pasukannya.
“are you sure?”
Neya mengangguk penuh yakin.
            Petang itu, Neya berjaya membalas dendam pada Amat. Akhirnya pasukan mereka menang dengan keputusan 2-1.

************

“APA? Tak ada pasukan perempuan? Cikgu biar betul?” soal Neya pada cikgu Ramli, pengurus pasukan bola tampar lelaki.
“takkan cikgu nak tipu kamu. Dah bertahun-tahun sekolah kita tak hantar wakil perempuan. Tak ada harapan menang!”
“biar saya tubuhkan pasukan perempuan?”Neya member cadangan.
“neya, kamu ada 2 bulan je lagi untuk pertandingan. Walaupun kamu pernah ke peringkat kebangsaan, kamu takkan mampu nak hasilkan pasukan yang mantap. Sia-sia sahaja sekolah hantar pasukan nanti!”
“tapi cikgu... belum cuba belum tahu. inilah peranan sekolah untuk cungkil bakat-bakat baru!” Neya berhujah penuh semangat.
“kamu takkan berjaya!”
“tapi cikgu....” Neya menayangkan muka kecewanya di hadapan cikgu Ramli.
Cikgu Ramli diam. Dia menimbang-nimbang cadangan Neya.  Betul juga kata Neya. Belum cuba, belum tahu. yang paling penting, rugi pula jika bakat dan kebolehan Neya itu dipendamkan.
“baiklah... cikgu beri kamu seminggu untuk cari ahli pasukan kamu! Dan sebulan untuk melihat hasilnya. Baru cikgu putuskan mahu hantar ataupun tidak.”
Neya melompat kegirangan. Mahu sahaja dipeluk guru sukannya itu. Dia mengucapkan terima kasih lalu terkocoh-kocoh meninggalkan CIkgu Ramli. Ada sesuatu perlu segera diselesaikan.
Saat dia ingin keluar itulah dia bertembung dengan Amat. Senyuman Neya mati. Dia belajar di sini? Neya bertanya dalam hati.
Amat hanya memandang tajam Neya di hadapannya. Buat apa gadis ini di sini?
Neya menjelir lidah lalu meninggalkan Amat yang terkebil-kebil.
“Gila!” amat mendengus lalu mendapatkan Cikgu Ramli.
“ada apa cikgu nak jumpa saya?”
“ini jadual latihan. Pastikan semua datang tepat pada masanya. Lari 5 pusingan dan warm-up. Ingat, tahun ni kita mesti juara. Kamu sebagai kapten, mesti ambil peranan. Ok?” cikgu Ramli tegas member arahan.
Amat mengangguk. Setelah membincangkan beberapa perkara, dia akhirnya memohon diri kerana masa rehat sudah pun tamat.

****
            Neya tersandar lesu. Kalau beginilah pasukannya, memang tak ada harapan nak dihantar mewakili sekolah. Digging lintang pukang. servis jarang nak lepas. Sudah penat dia menunjuk ajar. Sudah seminggu lebih. Sepatutnya mereka sudah boleh melakukan yang asas itu.
            “tak payahlah kau berangan nak buat team, budak baru! Setakat main macam longkang, baik balik rumah cuci pinggan!” kutuk Amat yang kebetulan sedang menuju ke gelanggang bola tampar sekolah lalu di sambut dengan gelak ketawa kawan-kawannya. Ada yang neya kenal, ada yang Neya belum sempat berkenalan.
            “kau cakap apa?” Midah bengang mendengar kutukan Amat. Bukan dia tak kenal dengan budak lelaki itu. Memanglah hero bola tampar sekolah. Tapi mulut busuk macam logi tahi!
            “dahlah tak payah gaduh,” Neya menenangkan Midah. Kalau ikutkan hatinya, hendak sahaja dia menampar mulut celopar lelaki itu.
“jomlah!” haikal menarik tangan Amat. Dia bimbang andai berlakunya pergaduhan di situ.
            “kau ni kenapa? Hari tu kau yang semangat! Tapi kenapa hari ni kau biar je dia kutuk kita?” Midah menyoal Neya bertubi-tubi.  Dek kerana pujukan dan semangat yang Neya tunjukkan dengan bola tampar, dia yang kasihankan teman barunya itu, dia yang tangan kayu itu turut sama menyertai pasukan Neya. Tapi tengoklah sekarang. Apa yang jadi. Neya dah putus harapan.
            “kau dah putus asa dengan kami ke Neya?” Joji pula menyoal. Dia sedar, mereka semua tidak pernah bermain sukan ini. sentuh bolanya, apatah lagi! Mereka sertai Neya pun kerana didorong dek keterujaan yang Neya tunjukkan. Semangat dia memang berkobar-kobar.
            Neya hanya terdiam. Satu persatu wajah teman-teman barunya ditatap. Dia yang bersalah! Terlalu meletakkan harapan yang tinggi sedangkan mereka hanya baru bermula. Dia perlu lebih bersabar dan kuatkan hati. Baru seminggu mereka berlatih. Masih ada lagi 3 minggu berbaki.
            Neya menarik nafas dalam-dalam.
“betul kau orang bersedia nak main?”
Teman-temannya mengangguk.
Baiklah. Ada sesuatu yang mesti dilakukan. Neya bangun lalu melangkah ke gelanggang pasukan lelaki.
“oi!” dia menjerit memanggil Amat. Warm up mereka terhenti. Semua mata memandang  ke arah neya.
“kau!” Neya memandang tajam ke arah Amat.
“suka-suka hati kau panggil aku oi!” Amat naik angin. “nama aku Amat!”
“nama aku Neya!”
“kenapa? Dah surrender ke?” Amat menyoal sinis.
“surrender tak ada dalam kamus hidup aku. Mark my word! Tahun ni sekolah mesti hantar team perempuan juga!”
“bunyi macam yakin!”
“memang aku yakin. Dan aku akan pastikan, team aku pasti boleh angkat spike kau!”
“spike aku, kencang!”
“spike aku lagi kencanglah!huh!”

* * * *
“apa? Kau gila nak angkat spike dia tu?” Mida menyiga sebaik sahaja mendengar cerita Neya.
“kau tengoklah tu. dia ambik step nak lompat je aku dah rasa nak lari jauh-jauh!” Syira mencelah. Semua mata sedang tertumpu pada permainan pasukan lelaki. Yang paling tepat- ke arah Amat.
“tak sanggup... Bob yang terrer tu pun sampai kena berenang nak mengangkatnya! Inikan kita yang baru terhegeh-hegeh nak main,” Ita pula melahirkan rasa cuaknya. Apatah lagi dengan aksi spike-sambut sedang dipertontonkan.
“ala, gimik je tu! aku tahu, dia takkan serang kau orang punya.”
“mana kau tahu?” midah menyoal Neya.
“aku tahulah!”


bersambung...
CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...