HARI yang dinanti telah pun tiba. Suasana di rumah Julia memang meriah. Tidak cukup dengan makan beradap, siap ada pelaminan yang indah lagi. Lensa kamera di sana sini. Naik juling biji mata aku ni. itu belum kira nak kena senyum lagi masa acara persandingan. Yelah, kalau muka masam, spoil pula orang tengok. Macam pengapit terpaksa aje.
Tak apalah. She is my very best friend. Mestilah aku nak yang terbaik untuk dia. Luthfi juga kelihatan kacak sekali. Sekali tengok, dia lagi kacak dari pengantin lelaki. wah, kecik hati Julia kalau dia tahu aku cakap macam tu! tapi apa ada hal? Dia pun cakap luthfi tu hensem.
Selepas tamat acara persandingan, tugasku selesai. Tapi perutku pula yang berkeroncong. Sudah 2 jam berlalu sejak makan beradab tadi. Mungkin kerana namanya pun makan beradab, perut aku pun dah kembali meminta untuk diisi. Maklumlah, aku makan pun dah macam pengantin makan! Asyik-asyik bertemu pandang dengan Luthfi.
Saat mataku meliar mencari tempat kosong di bawah khemah, aku ternampak Luthfi sedang menjamu selera. Nampaknya dia lagi cepat dari aku.
Aku baru sahaja mahu melangkah ke arahnya sebelum tiba-tiba datang seorang perempuan yang kelihatan begitu mesra duduk disebelahnya.
Dari kejauhan itu, aku lihat mereka makan dengan ceria sekali persis sepasang kekasih. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Luthfi. ‘single but not available!’
“Hei Nurin! Come join us. Saya lapar sangat, terus datang cari makan!” pelawa Luthfi.
