“Nah barang kau!”
Aku mencampakkan barang-barang ke riba Muaz. Letih masuk kuliah pun belum hilang lagi. Inikan pula diasak dengan pelbagai pertanyaan sebaik sahaja muka aku terjengul dalam bilik tutor.
Muaz tersenyum meleret membelek hadiah di tangannya. Sumpah! Seolah-olah sedang mencurahkan minyak ke hatiku yang sedang hangat membara ni.
“tak boleh ke kau berhenti je dengan part time kau ni?” aku menolaknya ke tepi supaya dia memberi aku sedikit ruang di sofa empuk itu.
“kenapa? Kau tak suka ke abang kau yang hensem ni dikenali ramai?”soalnya sambil mengangkat keningnya.
“banyaklah kau punya suka! Mula-mula tu aku banggalah juga, abang aku yang tak berapa betul ni jadi model sambilan. Dah tu kerja engineer pula. Gila ke apa tak bangga! Tapi masalahnya, fan kau tu menyusahkan hidup aku! Sejak kau melibatkan diri dalam dunia perasan glamour ni, hidup aku tak senang tau. Asyik kena kejar dengan fan kau aje. Aku dah final yearlah. Penatlah aku macam ni.”
“ala kau ni pun, dia orang kejar, kau larilah,” balas Muaz dengan muka tak bersalah.
Aku merenungnya tajam. Dia ingat aku ni pelari pecut agaknya. Nak berjogging pun aku malas.
“dahlah aku naik dulu!” sekali lagi aku menolak tubuhnya. Dia ketawa bila mendengar aku mendengus.
“Efi!” dia melaung memanggil namaku.
“apa?”
“ada kawan aku nak berkenalan dengan kau. Model jugak!” aku lihat dia tersengih.
Huh, malas nak layan!
“Efi, apasal mamat tu asyik pandang-pandang kau?”
klik continue reading untuk baca selanjutnya
klik continue reading untuk baca selanjutnya
